Skrillex

pemuzik dari Amerika Syarikat

Sonny John Moore (lahir 15 Januari 1988)[4] lebih di kenal dengan nama pentasnya Skrillex, ialah seorang penerbit, DJ, penyanyi, dan penulis lagu muzik tarian elektronik Amerika yang membesar di kawasan timur laut Los Angeles dan California Utara. Sonny Moore bergabung dengan band post-hardcore asal Amerika From First To Last sebagai vokalis utama pada tahun 2004, dan merakam studio album dengan bandnya (Dear Diary, My Teen Angst Hasa Body Count, 2004 dan Heroine, 2006) sebelum meninggalkan bandnya untuk berkarya secara solo pada 2007.[5][6] Beliau memulai jelajah pertamanya sebagai pemuzik solo pada tahun itu. Setelah merekrut band baru, Moore bergabung dengan Alternative Press Tour untuk menyokong kugiran seperti All Time Low dan The Rocket Summer; beliau juga muncul dalam senarai tahunan Alternative Press bertajuk "100 Bands You Need to Know".[7]

Skrillex
Skrillex, 2011
Latar belakang
Nama lahirSonny John Moore
Juga dikenali sebagai
Twipz, Sonny
Kelahiran (1988-01-15) 15 Januari 1988 (umur 36)
Berasal dariLos Angeles, California, Amerika Syarikat
GenreEDM[1]
brostep[2][3]
Dubstep
Electro house
Trap
Post-hardcore
PekerjaanDJ, penerbit rakaman, gitaris, penyanyi
InstrumenVokal, gitar bass, gramofon, mesin dram, penyintesis, sampler, sequencer, komputer peribadi
Tahun aktif2002–kini
Syarikat rakaman
Atlantic, Big Beat, mau5trap, OWSLA
Laman sesawang
www.skrillex.com

Setelah merilis Gypsyhook EP pada 2009, Moore dijadualkan untuk merakam album studio debutnya, Bells, dengan produser Nuh Shain. Namun begitu, beliau berhenti menerbitkan album dan mula tampil dengan nama Skrillex, lalu menerbitkan EP My Name Is Skrillex dengan muat turun percuma di halaman MySpace rasminya. Selanjutnya, beliau melancarkan EP Scary Monster And Nice Sprites pada akhir 2010 dan More Monsters And Sprites pada pertengahan 2011, kedua-duanya sejak itu memperoleh sambutan komersial sederhana. Pada November 30 2011, beliau dicalonkan dalam lima kategori acara Anugerah Grammy ke-54 termasuk Artis Baharu Terbaik dan menang tiga daripada itu: Album Tarian/Elektronika Terbaik, Rakaman Tarian Terbaik, dan Rakaman Remix Tak Klasik Terbaik.[8]

Diskografi sunting

Album studio sunting

  • Recess (2014)[9]
  • Quest for Fire (2023)
  • Don't Get Too Close (2023)[10]

EP sunting

  • Gypsyhook (2009)
  • My Name Is Skrillex (2010)[11]
  • Scary Monsters and Nice Sprites (2010)[12]
  • More Monsters and Sprites (2011)[13]
  • Bangarang (2011)[14]
  • Leaving (2013)
  • Show Tracks (2019)[15]

Rujukan sunting

  1. ^ Jeffries, David (2016). "Skrillex". Allmusic.com. Dicapai pada 13 Ogo 2016.
  2. ^ Yoo, Noah (November 7, 2019). "Dance Dance Revolution: How EDM Conquered America in the 2010s". Pitchfork.com. Dicapai pada November 25, 2019.
  3. ^ "Bass Invasion". Miami New Times. 15 Dis 2011. Dicapai pada Jan 3, 2021.
  4. ^ "30 Things You Should Know About Skrillex". NME (dalam bahasa Inggeris). February 20, 2012. Dicapai pada January 18, 2022.
  5. ^ "Korn Preview New Track 'Get Up'". RTT News. April 18, 2011. Dicapai pada April 26, 2011.
  6. ^ Siegal, Daniel. "Coachella 2011: Our body-grooving guide to the dance tents". Brand X. Diarkibkan daripada yang asal pada April 19, 2011. Dicapai pada April 26, 2011.
  7. ^ "100 Bands You Need to Know". Alternative Press. 2008. Dicapai pada April 21, 2011.
  8. ^ "Skrillex Grammy Nominations 2011". grammy.com. The Recording Academy. Dicapai pada September 5, 2015.
  9. ^ Jeffries, David. "Recess – Skrillex". AllMusic. Dicapai pada April 11, 2019.
  10. ^ Kreps, Daniel (19 Feb 2023). "Skrillex Surprise-Releases Another New Album, 'Don't Get Too Close'". Rolling Stone (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Feb 2023.
  11. ^ "'My Name Is Skrillex' Turns 8 Today & It's Even Better Than You Remember". Billboard. 7 Jun 2018. Dicapai pada 18 Apr 2020.
  12. ^ O'Brien, Jon. "Scary Monsters & Nice Sprites – Skrillex". AllMusic. Dicapai pada April 11, 2019.
  13. ^ Jeffries, David. "More Monsters & Sprites – Skrillex". AllMusic. Dicapai pada April 11, 2019.
  14. ^ "Bangarang EP". Beatport. Dicapai pada April 11, 2019.
  15. ^ Bloom, Madison (19 Jul 2019). "Skrillex Drops Surprise EP Show Tracks: Listen". Pitchfork. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Jul 2019. Dicapai pada 3 Ogo 2019.

Pautan luar sunting