Skrin biru mati

skrin ralat dipaparkan pada sistem komputer Microsoft Windows berikutan ralat sistem yang membawa maut

Skrin biru mati (atau Blue Screen of Death, (BSoD) dalam bahasa Inggeris) ialah paparan ralat yang dipaparkan oleh sistem pengendalian - terutamanya Microsoft Windows - yang diakibatkan oleh masalah sistem komputer. Skrin ralat Blue Screen of Death biasanya berpunca daripada masalah pada fail pemacu peranti, ingatan komputer yang bermasalah, daftar Windows yang korup, serta DLL yang tidak serasi. Boleh dikatakan hampir kesemua versi Windows boleh mengalami masalah skrin biru ini, manakala versi beta terawal bagi Windows Vista pula memaparkan skrin merah semasa ralat but.

Skrin biru mati pada Windows XP

Versi-versi skrin biru

sunting

Windows 9x/Me

sunting
 
Skrin biru mati paling kerap berlaku pada keluarga Windows 9x/Me

Versi-versi Windows 9x/Me (terutamanya Windows Me) adalah versi Windows yang paling kerap mengalami masalah skrin biru, walaupun kebanyakannya adalah kurang serius. Terdapat 2 punca utama masalah skrin biru pada versi-versi berkenaan, iaitu fail pemacu peranti yang bermasalah serta fail DLL yang tidak serasi. Masalah ini sering berlaku semasa kegagalan program aplikasi yang seterusnya melumpuhkan keseluruhan sistem pengendalian. Kedua-dua masalah tersebut menjadikan versi-versi Windows 9x/Me sebagai versi Windows yang kurang stabil.

Selain itu, sekiranya pengguna mengeluarkan media storan boleh tanggal seperti disket semasa sistem pengendalian sedang membaca kandungannya, maka skrin biru juga akan dipaparkan. Masalah tersebut paling ketara semasa pengguna hanya sekadar membaca dokumen Microsoft Office; iaitu banyak pengguna yang terus menanggalkan disket sebelum menutup program. Sebenarnya, Microsoft Office akan menghasilkan satu fail sementara pada lokasi folder dokumen yang dibuka dan fail sementara tersebut akan dipadamkan apabila program ditutup.

Windows NT

sunting

Versi-versi Windows yang berasaskan Windows NT termasuklah Windows 2000, Windows XP, Windows Vista, Windows 7, Windows 8, Windows 8.1, dan Windows 10 jarang menghadapi masalah skrin biru, hasil daripada pengurusan ingatan yang lebih cekap. Tidak seperti Windows 9x/Me yang akan lumpuh sepenuhnya apabila ada aplikasi komputer yang gagal, keluarga Windows NT membolehkan pengguna mematikan program yang bermasalah dengan mudah tanpa menjejaskan sistem pengendalian.

Sungguhpun demikian, keluarga Windows NT juga masih boleh berhadapan dengan masalah skrin biru, dan skrin biru hanya akan dipaparkan apabila berlaku masalah yang serius seperti ralat pada inti sistem serta masalah pada ingatan atau perkakasan komputer.

Lihat juga

sunting