Snaiad

projek evolusi andaian

Snaiad ialah projek evolusi andaian, cereka sains dan pembangunan dunia artistik oleh pelukis Turki, C. M. Kösemen yang tertumpu pada sebuah eksoplanet cereka dengan nama yang sama. Bermula pada awal 2000-an dan diilhamkan daripada karya-karya awal seperti buku 1990, Expedition oleh Wayne Barlowe, Kösemen mengeluarkan beratus-ratus lukisan dan lakaran makhluk Snaiad, dengan peranan ekologi dan hubungan taksonomi terperinci antara satu sama lain. Jumlah makhluk dan keturunan yang dicipta menjadikan Snaiad salah satu dunia cereka yang paling rencam secara biologi.

Sejak karya seni Snaiad julung kali diterbitkan oleh Kösemen dalam talian, projek ini menerima pengikut dan perhatian antarabangsa, khususnya dalam talian. Peminat Snaiad telah menghasikan seni peminat, bukan hanya mengenai makhluk karya Kösemen tetapi juga berdasarkan makhluk Snaiad yang mereka bayangkan sendiri, selaras dengan prinsip biologi yang diikuti oleh bentuk hidupan lain dalam projek ini. Kösemen berharap untuk menerbitkan projek berbentuk buku pada masa akan datang.

Premis

sunting

Snaiad ialah eksoplanet yang sedikit lebih besar daripada Bumi, terletak di luar Bima Sakti.[1] Planet ini rumah kepada aneka satwa besar, yang direka dan dicatatkan dengan teliti oleh Kösemen, bersama dengan penciptaan peta dan cerita geopolitik Snaiad ketika melalui proses penjajahan manusia sekitar 300 tahun pada masa hadapan.[1][2] Snaiad menjadi salah satu jajahan antara bintang pertama Bumi.[3]

Menurut penulis sains Darren Naish, Snaiad "mungkin akan memecahkan rekod jumlah entiti cereka yang dicipta setakat ini" disebabkan oleh jumlah keturunan dan bentuk hidupan yang direka oleh Kösemen.[4] Padanan tetrapod di Snaiad, yang dikenali sebagai 'para-tetrapod' mempunyai dua "kepala"; kepala pertama, yang biasanya sangat mirip dengan kepala binatang di Bumi, ialah set kelamin terubah suai yang turut dipakai untuk menangkap atau meraih makanan, dan kepala kedua, yang terletak di bawah, hanya mempunyai fungsi pencernaan.[3][1] 'Para-tetrapod' Snaiad mempunyai otot hidraulik (cth. dikuasakan oleh bendalir yang dipam keluar masuk) dan rangkanya tidak diperbuat daripada kalsium, tetapi campuran berasaskan karbon yang lebih mirip dengan kayu yang sangat keras. Tulang makhluk Snaiad selalunya hitam, perang atau hijau, dan boleh terbakar pada suhu tinggi.[1]

Sama seperti binatang di Bumi, makhluk Snaiad dikelaskan ke dalam kumpulan taksonomi berlainan, seperti "Allotauriformes" (maun yang besar dan berperisai), "Cardiocetoida" (makhluk akuatik bak paus dengan perejangan jet) dan "Kahydroniformes" (pemangsa cerdas dengan telapuk dan cakar). Salah satu pemangsa Snaiad yang paling berjaya dan tersebar luas ialah Kahydron, dengan anggota depan diperkukuh dengan cakar dan telapuk. Otot hidrolik Kahydron meregang hingga ke rahang, memberikannya gigitan kuat yang luar biasa.[1] Tiada bentuk hidupan sapiens di Snaiad selain penjajah manusia. Menurut Kösemen: 'kecerdasan bukanlah "tujuan" dalam proses evolusi, apa-apa pun tiada.'[5]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d e Rieger, Jennifer (2016). "Spekulative Biologie - Zwischen Fantasie und Leben" [Speculative Biology - Between Fantasy and Life]. Deutschlandfunk (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada 2021-07-11.
  2. ^ Newitz, Annalee (2010). "Welcome to Snaiad, The World We Will Colonize". Gizmodo (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-07-11.
  3. ^ a b Naish, Darren (19 April 2009). "Alien para-tetrapods of Snaiad". Tetrapod Zoology (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-07-11.
  4. ^ Naish, Darren (18 Ogos 2014). "Speculative Biology a Hit at Science Fiction Convention". Tetrapod Zoology (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-07-11.
  5. ^ Determann, Jörg Matthias (2020). Islam, Science Fiction and Extraterrestrial Life: The Culture of Astrobiology in the Muslim World (dalam bahasa Inggeris). Bloomsbury Publishing. ISBN 978-0-7556-0130-1.

Pautan luar

sunting