Sophia Fredskilde Othman-Andersen (lahir 5 Oktober 1998), lebih dikenali sebagai Sophia Fredskild ialah seorang penyanyi-penulis lagu, komposer dan pelakon teater Denmark-Malaysia. Beliau dikenali menerusi hasil karyanya dalam genre muzik elektronik, dengan lagu nyanyiannya seperti "No Limit", "Waiting For Love", "Forever Mine", dan "Heartbreaks Not Gonna Break Me".

Sophia Fredskild
Nama lahirSophia Fredskilde Othman-Andersen
Kelahiran (1998-10-05) 5 Oktober 1998 (umur 25)
Copenhagen, Denmark
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
Genre
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • penulis lagu
  • komposer
  • pelakon teater
Instrumen
Tahun aktif2017-kini
Laman sesawang
www.sophiafredskild.com

Kehidupan awal sunting

Sophia Fredskild dilahirkan pada 5 Oktober 1998, di Copenhagen, Denmark kepada bapa warga Malaysia dan ibu warga Denmark. Pada tahun 2000, Fredskild dan keluarganya berpindah ke Kuala Lumpur, Malaysia, yang mana beliau dibesarkan.

Pada usia 10 tahun, Sophia menunjukkan minat menyanyi dan kemudian menulis lagu pertamanya pada usia 13 tahun.[1][2]

Semasa persekolahannya, beliau menyertai koir dan mengambil bahagian dalam pertunjukan bakat, kemudian terlibat dalam teater dan produksi muzik di luar sekolah termasuk Bites Of Delights (Rhythm in Bronze), Seussical Jr The Musical[3] (Enfiniti Academy) dan Sinbad the Musical (KLPac).[4]

Selepas menamatkan persekolahan pada 2015, Fredskild meneruskan kerjaya muziknya secara sepenuh masa.

Kerjaya sunting

2015–2016: Permulaan kerjaya sunting

Dari Ogos 2015 sehingga Julai 2016, Sophia menyanyi di bar, majlis perkahwinan dan majlis peribadi di sekitar Kuala Lumpur untuk mendapatkan keyakinan dalam nyanyiannya secara langsung, yang mana beliau kebanyakannya menyanyikan lagu saduran dalam pelbagai genre seperti pop, jaz, R&B dan country, oleh artis seperti Amy WinehouseNorah Jones kepada artis terkini seperti Ed SheeranRihanna dan Adele. Pada masa ini Sophia mengembangkan gaya nyanyiannya dan serba boleh dalam menyanyikan pelbagai gaya muzik.

2016–kini: Kejayaan awal sunting

Pada penghujung 2016, Sophia mula mencari peluang untuk merakamkan lagu-lagunya secara profesional dan beliau berpeluang bekerjasama dengan DJ, penulis lagu, dan penerbit Bo Amir (Cuurley), yang mana beliau menulis bersama lagu Inggeris "Go" yang bergenre Pop EDM, dikeluarkan pada November 2017. Fredskild juga melancarkan single bahasa Inggeris kedua "More Than You See" pada Februari 2018, hasil kerjasama dengan DJ, penulis lagu dan penerbit Rusia, Alexey Dorokhov (Dorox).

Pada Oktober 2018, beliau melancarkan lagu bahasa Melayu sulungnya, "Menanti Cinta"[5][6][7] dan versi bahasa Inggerisnya, "Waiting For Love" pada November 2018. Pada awal 2019 beliau melancarkan dua single serentak, iaitu lagu Inggeris, "Forever Mine"[8][9] dan lagu Melayu, "Cinta Selamanya" berserta muzik videonya di saluran YouTube beliau yang mana ia telah mencapai sejuta tontonan.

Pada Oktober 2019, Sophia bekerjasama dengan artis EDM dan penerbit Starlyte, menerusi lagu "No Limit", yang memperoleh lebih 1 juta penstriman di perkhidmatan penstriman popular Spotify. Pada Februari 2020 beliau muncul dengan single "Head In The Clouds", satu lagi projek solo yang dihasilkan oleh penerbit Amerika, Asaa. Pada Oktober 2020, beliau melancarkan single "Keep Me In Your Heart", yang mencapai lebih 1 juta tontonan di YouTube.

Pada Februari 2021, beliau muncul dengan "Shine A Light", dan pada Mei, diikuti oleh "Heartbreaks Not Gonna Break Me", lagu pop balada, yang diterbitkan oleh Penerbit Denmark, Gustav Boje.

Pada 27 Ogos, Sophia bekerjasama dengan Furo, DJ yang dipengaruhi Caribbean dari Florida, Amerika Syarikat menerusi lagu Moombahton Tropical-Dance Pop yang bertajuk "Back To Paradise" dan pada 15 Oktober 2021, Sophia merakamkan lagu EDM, "Future So Bright" bersama DJ Brazil Tutsss.

Diskografi sunting

Single
Tajuk Tahun
"Go" 2017
"More Than You See" 2018
"Menanti Cinta"
"Waiting For Love"
"Forever Mine" 2019
"Cinta Selamanya"
"No Limit"
"Head In The Clouds" 2020
"Keep Me In Your Heart"
"Shine A Light" 2021
"Heartbreaks Not Gonna Break Me"
"Back To Paradise"
"Future So Bright"

Rujukan sunting

  1. ^ Wong Li Za (20 November 2018). "Malaysian-Danish singer-songwriter set to release third English single" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 19 Mei 2021.
  2. ^ "Shooting for the stars" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. 19 November 2018. Dicapai pada 19 Mei 2021.
  3. ^ "Raring to kick off Dr Seuss musical". Star2.com (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. 9 Disember 2013. Dicapai pada 19 Mei 2021.
  4. ^ Budiey (29 Disember 2018). "Profile Sophia Fredskild" (dalam bahasa Inggeris). Sensasi Selebriti. Dicapai pada 19 Mei 2021.
  5. ^ Annie May (30 Disember 2018). "Malaysian-Danish Songbird Sophia Fredskild Debut 1st Malay Single" (dalam bahasa Inggeris). Hype Malaysia. Dicapai pada 19 Mei 2021.
  6. ^ Mohd Izzat Mohd Khalizan (1 Disember 2018). "Sophia Fredskild enggan raih populariti ekspres". mStar Online. Dicapai pada 19 Mei 2021.
  7. ^ "Siapa Sangka Sophia Fredskild Sebenarnya Berbakat Besar!". Murai. 10 Januari 2019. Dicapai pada 19 Mei 2021.
  8. ^ Annie May (25 April 2019). "Sophia Fredskild Travels Through Different Eras In "Forever Mine"" (dalam bahasa Inggeris). Hype Malaysia. Dicapai pada 19 Mei 2021.
  9. ^ "'FOREVER MINE' single terbaharu Sophia Fredskild". Utusan Borneo. 20 April 2019. Dicapai pada 19 Mei 2021.

Pautan luar sunting