Spider-Man


Spider-Man

Amazingspiderman50.jpg
Seni kulit untuk The Amazing Spider-Man
(Jilid 2) #50.
Lukisan oleh J. Scott Campbell.

Penerbit Komik Marvel
Kemunculan pertama Amazing Fantasy #15 (Ogos 1962)
Dicipta oleh Stan Lee
Steve Ditko
Statistik
Nama sebenar Peter Benjamin Parker
Status tiada maklumat
GabunganNew Avengers
Daily Bugle
Secret Avengers
"Fantastic Four Baru"
Nama lainRicochet, Dusk, Prodigi, Hornet, Kapten Universe, Ben Reilly
Kuasa terkenal Kuasa, kepantasan, stamina, ketangkasan, dan tindakan refleks yang sangat luar biasa; keupayaan untuk melekat pada permukaan pepejal; kebolehan meramal bak "akal labah-labah"; penglihatan malam; faktor penyembuhan; sengat beracun yang menganjur dari lengan bawah; keupayaan untuk menghasilkan kedua-dua sarang labah-labah organik dan tiruan.

Spider-Man (Peter Benjamin Parker) ialah wira rekaan Komik Marvel yang hebat yang dicipta oleh Stan Lee dan Steve Ditko. Sejak kemunculannya dalam siri buku komik Amazing Fantasy #15 (Ogos 1962), dia telah menjadi salah satu wira hebat yang paling popular, lama bertahan, dan berjaya secara komersil di dunia.

Ketika Spider-Man diterbitkan buat pertama kali pada dekad 1960-an, watak-watak belasan tahun dalam buku-buku komik wira hebat biasanya merupakan watak sampingan. Siri Spider-Man menjadi perintis apabila ia memperkenalkan seorang wira yang pada dirinya merupakan seorang anak remaja yang "dihantui oleh perasaan disingkirkan, kekurangan, dan kesunyian" yang para pembaca muda boleh memahami. [1] Sejak permulaannya, Spider-Man telah muncul dalam berbagai-bagai media, termasuk banyak siri televisyen animasi dan aksi hidup, lerang komik akhbar bersindiket, dan satu siri filem yang berjaya.

Marvel telah menerbitkan banyak siri buku komik Spider-Man, dengan The Amazing Spider-Man merupakan siri yang pertama. Spider-Man merupakan satu kisah adiwira mengenai seorang lelaki bernama Peter Parker yang merupakan seorang murid cemerlang di sebuah sekolah tinggi yang memiliki sifat pemalu serta sering dibuli oleh pelajar paling popular di kolejnya iaitu Flash Thompson. Pada suatu hari, Parker bersama rakan sekelasnya telah mengikuti satu lawatan sambil belajar ke makmal milik General Techtronics Corporation. Sewaktu lawatan tersebut dijalankan, Parker telah digigit oleh seekor labah-labah radioaktif yang merupakan sebahagian dari eksperimen yang dijalankan oleh petugas makmal di situ. Sebaik sahaja pulang ke rumah, Peter menyedari bahawa tubuhnya mengalami perubahan aneh ekoran insiden gigitan labah-labah terbabit iaitu dia secara tiba-tiba memiliki kekuatan luar biasa, tangkas, mampu berpaut pada dinding dan siling serta ciri-ciri lain yang ada pada seekor labah-labah seperti mengeluarkan cecair sesawang melalui kelenjar di pergelangan tangannya.

Sepanjang era Spider-Man dilancarkan, Spider-Man telah berhadapan dengan pelbagai musuh yang tidak kurang hebatnya sepanjang hayatnya seperti Sandman(Flint Marco),Venom(Edward"Eddie" Brock),Doctor Octopus(Octa Octovius) dan ramai lagi.

RujukanSunting

  1. ^ Wright, Bradford W. Comic Book Nation. (Johns Hopkins, 2001) m.s. 210