Stesen kereta api Pelabuhan Teluk Intan


Stesen kereta api Pelabuhan Teluk Intan merupakan laluan landasan kereta api terakhir dari Stesen keretapi Tapah Road. Ia dibina sebagai sebahagian dari perancangan bandar oleh Sir Hugh Low dan Archibald Anson. Durian Sebarang merupakan lokasi Istana Raja Di Hilir . Istana ini pernah didiami oleh Sultan Abdullah yang dibuang (penjara) ke pulau Seychelles.

Ketika itu terdapat 2 pangkalan atau jeti iaitu di Durian Sebatang dan Pasir Berdamar. Kedua-dua lokasi tidak strategik untuk kapal-kapal bersaiz besar dan rupabuminya mudah banjir. Ia terletak betul-betul di pertemuan Sungai Bidor dan Sungai Perak yang hampir berbentuk ladam itu. Langkah diambil untuk membina Pelabuhan kereta api Teluk Intan tanpa perlu masuk ke tungkul Teluk Intan.