Hugh Low

Sir Hugh Low, GCMG[1][2] (10 May 1824 – 18 April 1905) merupakan seorang pegawai jajahan dan naturalis British. Beliau menduduki Labuan sebagai seorang pentadbir sebelum berpindah ke Semenanjung Tanah Melayu sebagai Residen Perak.[3]


Hugh Low

Hugh Low.png
Hugh Low
Residen Perak ke-4
Dalam jawatan
1 April 1877 – 31 Mei 1889
Didahului olehJames G. Davidson
Digantikan olehFrank A. Swettenham
Gabenor Labuan
Dalam jawatan
1866–1867
Didahului olehThomas Fitzgerald Callaghan
Digantikan olehJohn Pope Hennessy
Butiran peribadi
Lahir(1824-05-10)10 Mei 1824
Upper Clapton, United Kingdom
Meninggal dunia18 April 1905(1905-04-18) (umur 80)
Alassio, Italy
Pasangan
  • Catherine Napier (k. 1848; m. 1851)
  • Ann Douglas
    (k. 1885)
Anak-anakHugh Brooke Low
Catherine Elizabeth Low
BapaHugh Low Sr.
SaudaraStuart Low (adik)

Pelaksanaan dasar-dasar pemerintahan beliau yang berjaya banyak mempengaruhi cara pentadbiran British di jajahan rantau Nusantaranya.[3] Beliau terkenal sebagai pelopor usaha perkebunan pokok getah di kepulauan ini yang mempengaruhi ekonomi setempat Tanah Melayu pada abad-abad berikutnya. Beliau turut merupakan orang pertama melakukan percubaan mendaki Gunung Kinabalu semasa jawatannya di Borneo tahun 1851; puncak tertinggi di gunung ini yakni Puncak Low (Low's Peak) dinamakan sempena beliau.[3][4]

Kerjaya pentadbiranSunting

Di BorneoSunting

Beliau mempelajari bahasa Melayu sehingga fasih sepanjang jawatannya di sana, pada ketika ini juga beliau menggiat dalam penyelidikan alam sekitar bersaing dengan James Motley.[5][6]

Pada ketika ini beliau mengambil peluang mendaki Gunung Kinabalu yang dianggap suci kepada masyarakat Dusun setempat. Beliau melakukan pendakian pertamanya pada Mac 1851 ditemani seorang pemandu untuk mempersembahkan korban bagi menenangkan jiwa roh-roh nenek moyang mereka, mereka tidak berjaya sampai di puncak dalam percubaan ini.[7] Beliau melakukan percubaan kedua dan ketiganya dengan Konsul Brunei Spenser St. John pada tahun 1858.[5][6][7]

PersaraanSunting

Beliau bersara dari jawatannya pada tahun 1889 dengan baki kredit ditinggalkan sebanyak $1.5 juta.[8][9]

Beliau meninggal dunia pada 18 April 1905 di Alassio, Itali.

RujukanSunting

  1. ^ 1879 Birthday Honours
  2. ^ 1883 Birthday Honours
  3. ^ a b c Encyclopædia Britannica.
  4. ^ Malaysia, Singapore & Brunei By Simon Richmond, Damian Harper, Tom Parkinson, Richard Watkins Published by Lonely Planet, 2007; ISBN 1-74059-708-7, ISBN 978-1-74059-708-1
  5. ^ a b The Living Age By Eliakim Littell, Making of America Project, Robert S. Littell Published by Living Age Co., 1848
  6. ^ a b The Annual Register Published by Rivingtons, 1906; Item notes: 1905
  7. ^ a b Hiung, C. S., R. Mandalam, and C. Chin. 2004. The Hugh Low Trail: The Quest for the Historical Trail to the Summit of Kinabalu. The Sabah Society, Kota Kinabalu.
  8. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan keat tidak disediakan
  9. ^ British Malaya: An Account of the Origin and Progress of British Influence in Malaya By Frank Athelstane Swettenham Published by J. Lane, 1907