StickDeath (URL www.stickdeath.com) ialah nama bagi laman web animasi Amerika Syarikat yang dicipta oleh Rob Lewis. StickDeath menunjukkan lukisan orang batang dengan tangan dan kaki yang lazimnya mati secara tragedi dan ganas.

StickDeath
Maklumat umum
URLhttp://www.stickdeath.com
JenisAnimasi
Pengurusan dan pentadbiran
PemilikRob Lewis
PengasasRob Lewis
KomersialYa
Pendaftaran11 November 1998[1]
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Laman web ini sangat popular di kalangan remaja dan golongan belia pada permulaannya pada tahun 1998. Animasi awal telah dibuat dengan GIF beranimasi dan kemudian, hingga sekarang, banyak animasi yang dibuat dengan Macromedia Shockwave (kini Adobe Flash). Akan tetapi, ia juga mendapat tentangan dari orang-orang yang tidak suka kandungan laman ini yang sangat ganas. Satu laman khusus memaparkan surat benci yang diterima pemilik dan balasannya. Selepas penjualan ISP StickDeath pada tahun 1999, didapati StickDeath telah menggunakan 95% daripada sumber rangkaian dengan harga $40 sebulan sahaja.

StickDeath kembali pada 2002, dan kekal popular di kalangan pengikutnya.

Rujukan sunting

  1. ^ "stickdeath.com Whois - stick death - Who.is". Dicapai pada 2009-12-29.

Pautan luar sunting