Pelokasi Sumber Seragam
Pelokasi Sumber Seragam (bahasa Inggeris: Uniform خميس خليف ٨٧٠٦٠٤ قص ٥٥٥٩ Locator , singkatan: URL) ialah sepotong teks rangkaian aksara yang digunakan sebagai alamat pengenal pasti bagi mana-mana sumber elektronik (dokumen, media dan sebagainya) yang boleh dicapai melalui rangkaian. Teks ini dihasilkan menggunakan sintaksis seragam.
Idea ini dicetuskan oleh Tim Berners-Lee sebagai teks pendek yang digunakan dalam pembinaan hiperpautan, iaitu sebahagian daripada ciri hiperteks yang beliau sedang hasilkan ketika itu. URL kemudiannya dipiawaikan dengan kerjasama Internet Engineering Task Force dan menjadi sebagaian daripada infrastuktur Jaringan Sejagat.
URL ialah sejenis URI. Oleh itu, setiap URL merupakan URI, tetapi bukan semua URI itu URL. Sebagai contoh, URL bagi Wikipedia ialah http://www.wikipedia.org
.
URL boleh ditaip oleh pengguna pada pelayar web untuk mendapatkan sumber yang diingini melalui rangkaian.
Pautan luarSunting
Rencana berkenaan pengkomputeran ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |