Stip dalam bidang anatomi mikologi ialah batang atau bahagian berupakan batang yang menyokong penutup (bahagian atas) cendawan. Seperti semua tisu cendawan bukan himenium, stip terdiri daripada tisu hifa yang steril. Namun begitu, dalam banyak keadaan, himenium subur menjulur di sepanjang stip pada suatu bahagian. Manfaat evolusi daripada stip umumnya dianggap sebagai pengantara penyebaran spora; cendawan yang tinggi akan lebih mudah melepaskan spora menuruti arus angin atau ke haiwan sekitar. Walaupun begitu, banyak cendawan tidak mempunyai stip.

RupaSunting

Rupa-rupa stip adalah seperti di bawah:

 
 
 
 
 
 
 
bergelang
 
bergelang
 
bergelang
 
dengan pelitup
 
pelitup baki
 
dengan volva