Suara atau penyuaraan ialah istilah yang digunakan dalam bidang fonetik dan fonologi untuk menghuraikan ciri-ciri bunyi pertuturan, sama ada bersuara atau tak bersuara. Sebenarnya, istilah penyuaraan ini memaksudkan dua konsep yang berbeza, iaitu

  • proses penyebutan yang mana pita vokal bergetar. Pengertian ini digunakan terutamanya dalam bidang fonetik untuk menghuraikan fon iaitu bunyi pertuturan tertentu.
  • pengelasan bunyi pertuturan yang sering dikaitkan dengan getaran pita vokal tetapi tidak semestinya disuarakan pada tahap penyebutan. Pengertian ini digunakan dalam bidang fonologi ketika menghuraikan fonem, atau dalam bidang fonetik ketika menghuraikan fon.

Pada tahap penyebutan, bunyi bersuara adalah yang mana pita vokal bergetar, manakala bunyi yang tak bersuara adalah yang mana pita vokal tidak bergetar. Penyuaraan ini merupakan perbezaan antara pasangan bunyi yang dikaitkan dengan huruf-huruf "s" dan "z". Apabila jari diletakkan pada peti suara (tempat terletaknya halkum di bahagian atas kerongkong), boleh terasanya getaran apabila menyebut zzzz, tetapi tidak demikian apabila menyebut ssss. (Untuk penjelasan yang lebih terperinci, rujuk suara modus dan pembunyian.) Bunyi vokal dan sonoran lain (seperti m, n, l, dan r) adalah bersuara modus.

Tahap penyuaraan

sunting
Masa mula suara
+ Berhembusan
0 Tenuis
− Bersuara

Terdapat dua pembolehubah tahap penyuaraan, iaitu keamatan (dibincangkan dalam pembunyian), dan tempoh (dibincangkan dalam masa mula suara). Apabila suatu bunyi dihuraikan sebagai "separuh bersuara" atau "separa bersuara", tidak semestinya jelas sama ada penyuaraannya adalah lemah (keamatan rendah), atau penyuaraan hanya berlaku untuk separa bunyi (tempoh singkat).

Suara dan ketegangan

sunting

Terdapat sebilangan bahasa yang ada dua set obstruen berbezaan yang dilabelkan /p t k f s x …/ lwn. /b d ɡ v z ɣ …/, meskipun tiada penglibatan suara (atau masa mula suara) dalam perbezaan ini. Contohnya, beberapa lgohat Jerman Selatan seperti Alsace atau Switzerland. Memandangkan suara tidak dilibatkan, maka ini dijelaskan sebagai perbezaan ketegangan, iaitu perbezaan fortis dan lenis.

Terdapat satu hipotesis bahawa perbezaan antara konsonan fortis dan lenis adalah berkaitan dengan perbezaan antara konsonan tak bersuara dan bersuara, iaitu hubungan yang berasaskan pencerapan bunyi dan juga penghasilan bunyi, yang mana suara konsonan, ketegangan dan kepanjangan merupakan manifestasi berbeza bagi suatu ciri-ciri bunyi am.

Rujukan

sunting
  • Ladefoged, Peter & Ian Maddieson (1996). The sounds of the world’s languages. Oxford: Blackwells. ISBN 0-631-19814-8