Voices of Youth (Suara Belia) ialah sebuah organisasi yang telaj ditubuhkan oleh UNICEF dalam usaha membantu kanak-kanak seluruh dunia bertukar pengetahuan dan idea. Voice of Youth telah ditubuhkan pada tahun 1995, sebagai satu cara untuk menyampaikan mesej daripada kanak-kanak di 81 negara kepada pemimpin dunia di Sidang Kemuncak Dunia untuk Pembangunan Sosial.[1]

Pada tahun 1997, papan perbincangan rasmi Suara Belia (dirujuk sebagai "Tempat Pertemuan") telah ditubuhkan untuk membenarkan golongan muda membincangkan hak kanak-kanak dan isu pembangunan. Dalam memastikan bahawa pelbagai orang boleh mengambil bahagian, sebuah forum selari dalam Bahasa Inggeris, Perancis dan Sepanyol telah dilaksanakan. Pada masa yang sama, "Tempat Pembelajaran" telah ditubuhkan untuk memberi belia maklumat yang tepat dan boleh diakses mengenai hak kanak-kanak melalui kuiz, permainan dan jurnal foto. "Tempat Guru", forum untuk membantu guru dan pemimpin muda lain bertukar-tukar idea dan mencari cara untuk menggunakan Voices of Youth sebagai alat pembelajaran juga telah ditubuhkan.

Voices of Youth telah disusun semula sepenuhnya pada tahun 2002. Usai membincangkan kemungkinan perubahan dengan pengguna tapak dari seluruh dunia, pentadbir menyusun semula tapak web kepada tiga bahagian: "Teroka," "Bersuara" dan "Ambil Tindakan."

Sebagai tambahan kepada laman web, Voices of Youth juga menerbitkan surat berita bi-bulanan, "Apa Kata Orang Muda." [2]

Voices of Youth telah menambah laman cermin dalam bahasa Arab untuk melibatkan penutur muda Arab dari seluruh dunia dalam perbincangan tentang hak pada tahun 2005.

Voices of Youth juga telah melancarkan permainan web pertama dalam bahasa Swahili tentang HIV dan AIDS pada tahun 2006.

Penyataan misi Voices of Youth ialah "Untuk menawarkan kepada semua kanak-kanak dan remaja, termasuk kelompok yang sukar dijangkau, sebuah platform selamat dan disokong ruang siber di mana mereka dibenarkan untuk meneroka, berbincang, dan berkongsi berkaitan hak asasi manusia dan perubahan sosial, serta membangunkan kesedaran, kepimpinan, pembinaan komuniti, dan kemahiran berfikir kritis mereka melalui penyertaan aktif dan substantif dengan rakan sebaya mereka dan dengan pembuat keputusan di peringkat global."

Bahagian sunting

Teroka Bahagian ini menyediakan pautan kepada maklumat fakta tentang hak kanak-kanak dan isu pembangunan. Ia juga termasuk cerita yang ditulis oleh dan tentang golongan muda dari seluruh dunia, serta permainan, kuiz dan video untuk memberikan maklumat dengan cara yang menarik dan boleh diakses.

Bersuara Bahagian ini berdasarkan papan perbincangan Suara Belia. Untuk menjadikan forum lebih mudah diakses oleh pengguna baharu, ringkasan perbincangan popular disiarkan. Cerita dan puisi yang dihantar oleh ahli Voices of Youth juga disiarkan dalam bahagian ini.

Ambil Tindakan Bahagian ini mencadangkan projek komuniti menekankan bahawa orang muda boleh mula menambah-baik dunia. Bahagian ini juga memprofilkan pemimpin belia yang berjaya sebagai sumber inspirasi, dan menyediakan senarai organisasi dan projek untuk pengguna melibatkan diri.

Pengguna sunting

Keahlian Suara Belia meliputi dari lebih 180 negara di mana lebih daripada 60% adalah dari negara membangun .

55% pengguna forum Voices of Youth adalah wanita, manakala hanya 40% lelaki (5% ahli tidak mendedahkan jantina mereka).

32% ahli Voices of Youth berumur 15 hingga 19 tahun, dan 32% tambahan adalah berumur 20 hingga 25 tahun. 8% pengguna berumur 10–14 tahun. [3]