Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2026

Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2026 (Bahasa Itali: XIV Giochi paralimpici invernali), atau secara rasminya Sukan Paralimpik Musim Sejuk XIV ialah pertandingan aneka jenis sukan musim sejuk antarabangsa untuk atlet-atlet berkelainan upaya yang dijadualkan untuk diadakan di Milan dan Cortina d'Ampezzo, Itali pada 6 hingga 15 Mac 2026. Pemilihan tempat telah dijalankan pada 24 Jun 2019 di sesi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa ke-134 di Lausanne, Switzerland. Milan-Cortina tela dipilih sebagai tuan rumah, menewaskan Stockholm-Åre.

Ini adalah yang kali ketiga Itali menjadi tuan rumah bagi sukan Paralimpik, dan menandakan ulang tahun ke-20 sukan Paralimpik Musim Sejuk 2006 di Turin.

Pautan luarSunting

Didahului oleh
Beijing
Sukan Paralimpik Musim Sejuk
MilanCortina d'Ampezzo

Sukan Paralimpik Musim Sejuk XIV (2026)
Diikuti oleh:
TBD