Sukan di Azerbaijan

Sukan di Azerbaijan sudah lama berakar umbi di negara tersebut. Sehingga kini, kedua-dua sukan moden dan sukan tradisional masih dimainkan di negara tersebut. Walaupun Gusti gaya bebas telah lama dianggap sebagai sukan kebangsaan Azerbaijan, namun sukan yang paling popular di Azerbaijan pada masa ini ialah bola sepak dan catur.[1] Sukan lain yang popular di negara tersebu termasuk gimnastik, judo, futsal, angkat berat dan tinju.[2] Kedudukan geografi Azerbaijan yang bergunung-ganang amat sesuai untuk memainkan sukan luncur ais dan panjat batu. Sukan air turut dimainkan di Laut Kaspia dan di jasad air pedalaman yang lain. Azerbaijan telah memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam pertandingan catur, angkat berat dan gusti pada peringkat antarabangsa. Azerbaijan juga merupakan salah satu anggota aktif dalam komuniti sukan antarabangsa serta mempunyai keahlian penuh di Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Olahraga Dunia (IAAF), Persekutuan Olahraga Eropah (EAA), Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan lain-lain. Negara tersebut turut pernah menganjurkan Sukan Eropah yang pertama dan Sukan Perpaduan Islam 2017. Kebelakangan ini, Azerbaijan telah mengupah beberapa atlet dan jurulatih berbangsa Iran ke dalam pasukan kebangsaannya dengan memberikan mereka kewarganegaraan Azerbaijani. Antaranya termasuklah Saman Tahmasebi, Sabah Shariati dan Jamshid Kheyrabadi dalam sukan gusti serta Reza Mehmandoost dan Milad Beigi dalam taekwondo.[3]

Sejarah sunting

Sukan di Azerbaijan sudah lama berakar umbi di negara tersebut. Sehingga kini, kedua-dua sukan moden dan sukan tradisional masih dimainkan di negara tersebut. Gusti gaya bebas telah lama dianggap sebagai sukan kebangsaan Azerbaijan dan negara tersebut telah memenangi 14 butir pingat dalam Sukan Olimpik termasuk empat butir pingat emas. Kini, sukan yang terpopular di negara tersebut ialah bola sepak dan catur.[4]

Dasar sukan di Azerbaijan sunting

Kerajaan Azerbaijan menyokong penuh pembangunan sukan di negara tersebut. Pemimpin kebangsaan Azerbaijani, Heydar Aliyev dan kemudiannya, Presiden Ilham Aliyev telah bergiat aktif untuk mempromosikan dan mengembangkan bidang sukan negara tersebut demi meningkatkan prestasi pasukannya di arena antarabangsa. Kementerian Belia dan Sukan telah ditubuhkan berdasarkan visi ini pada tahun 1994 menurut Dikri no. 861 yang dikeluarkan oleh bekas presiden Azerbaijan, Heydar Aliyev. Pada tahun 1995, Yayasan Sukan telah ditubuhkan dan kegiatan sukan di negara tersebut adalah dibiayai oleh Tabung Presiden. Pada tahun 1997, Azerbaijani Milli Majlis telah memperkenalkan sebuah undang-undang berkaitan dengan “pendidikan jasmani dan sukan”. Pada 21 April 2001, Kementerian Belia, Sukan dan Pelancongan Republik Azerbaijan (MYST) telah ditubuhkan. Pada tahun 2003, atas Dikri yang dikeluarkan oleh Presiden Republik Azerbaijan mengenai “penyediaan untuk Sukan Olimpik Musim Panas XXVIII”, penyediaan ahli sukan Azerbaijan untuk bertanding dalam Sukan Olimpik Musim Panas XXVIII telah dilaksanakan dengan lebih sofistikated demi memperoleh pencapaian yang lebih baik. Kini, terdapat 44 buah kompleks sukan bertaraf Olympik yang beroperasi di Azerbaijan.[5]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Культура, традиции и искусство Diarkibkan 2010-02-18 di Wayback Machine (dalam bahasa Rusia)
  2. ^ World info
  3. ^ "ایرانی های حاضر در تیم های خارجی المپیک 2016".
  4. ^ "Sport". Expatwoman.com. 18 November 2013. Dicapai pada 12 April 2014.
  5. ^ "Sport Policy".

Pautan luar sunting