Kesukarelawanan

(Dilencongkan dari Sukarela)

Kesukarelawanan secara umumnya merujuk kepada sebarang kegiatan altruistik meilbatkan penyediaan perkhidmatan tanpa diharapkan keuntungannya - yakni, secara sukarela - oleh individu atau kumpulan (sukarelawan ataupun relawan) "untuk memberi manfaat kepada individu, kumpulan atau organisasi lain".[1] Sukarela juga terkenal dengan perkembangan kemahiran dan sering bertujuan untuk menggalakkan kebaikan atau untuk meningkatkan kualiti hidup manusia. Sukarela mungkin mendapat faedah positif untuk para sukarelawan serta untuk individu atau masyarakat yang diberi perkhidmatan sukarela.[2]

Sukarelawan membersihkan jalan di Brooklyn selepas Taufan Sandy 2012.

Kegiatan jenis ini juga bertujuan untuk menjalinkan hubungan yang mungkin boleh membantu dalam kerjaya seseorang. Ramai sukarelawan dilatih secara khusus dalam bidang-bidang yang mereka ceburi, seperti perubatan, pendidikan, atau penyelamatan kecemasan. Lain-lain berkhidmat dengan asas yang diperlukan, seperti sebagai tindak balas terhadap bencana alam.

Jenis sunting

  • Kesukarelawanan maya (virtual volunteering) - menggunakan kemudahan Internet di rumah, sekolah atau tempat kerja dengan menggunakan alat yang dapat mengaksesnya seperti komputer atau telefon bijak. Pihak yang terlibat sebegini tidak diberikan sebarang bayaran.[3]
  • Kesukarelawanan mikro (microvolunteering) - hampir sama seperti kesukarelawanan jenis maya namun ia tidak memerlukan proses-proses kemasukan dan saringan penyertaan ataupun latihan.[4]
  • Kesukarelawanan persekitaran (environmental volunteering) - merujuk kepada kerja sukarela yang menyumbang kepada pengurusan atau pemuliharaan alam sekitar melalui pelbagai kerja termasuk penanaman semula pokok, perlindungan alam sekitar mahupun pendidikan ramai.[5]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Wilson, John (2000). "Volunteering". Annual Review of Sociology (26): 215. doi:10.1146/annurev.soc.26.1.215. Dicapai pada 12 April 2017.
  2. ^ "Benefits of Volunteering". nationalservice.gov. Missing or empty |url= (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan)
  3. ^ "Online Volunteering". UN Volunteers. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Mei 2012. Dicapai pada 30 April 2012. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  4. ^ "Micro-Volunteering via Mobile Phones - Using Spare Time to Micro-Volunteer".
  5. ^ "Environmental Volunteer Work". Peace Corps. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-03. Dicapai pada 30 April 2012.

Bacaan tambahan sunting

  • Georgeou, Nichole, Neoliberalism, Development, and Aid Volunteering, New York: Routledge, 2012. ISBN 9780415809153
  • Stebbins, Robert A. "Leisure and the Motive to Volunteer". Houndmills, UK: Palgrave Macmillan, 2015.

Pautan luar sunting