Sulli

penyanyi & pelakon Korea Selatan

Choi Jin-ri (bahasa Korea: 최진리, (29 Mac 1994 – 14 Oktober 2019), lebih dikenali sebagai Sulli (설리), ialah seorang pelakon, penyanyi dan model wanita Korea Selatan. Beliau merupakan bekas ahli kumpulan f(x). Pada 7 Ogos 2015, Sulli secara rasminya menarik diri daripada kumpulan tersebut untuk menumpukan kerjaya dalam bidang lakonan.

Sulli
Kelahiran
Choi Jin-ri

(1994-03-29)29 Mac 1994
Meninggal dunia14 Oktober 2019(2019-10-14) (umur 25)
Seongnam, Korea Selatan
Pekerjaan
  • Pelakon
  • model
  • penyanyi
Tahun aktif2005–2019
EjenSM Entertainment
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Tahun aktif2009–2015
2018–2019
Pengkarya berkait
Nama Korea
Hangul
Perumian SemakanChoe Jin-ri
McCune–ReischauerCh'oe Chin-ri
Nama panggung
Hangul
Perumian SemakanSeol-ri
McCune–ReischauerSŏl-ri
Tandatangan

Kehidupan awal sunting

Sulli dilahirkan pada 29 Mac 1994 di Yangsan, Gyeongsang Selatan, Korea Selatan. Semasa kecil, beliau tinggal di Busan. Nama asalnya adalah Choi Jin Ri. Jinri bermaksud kebenaran. Sulli merupakan satu-satunya anak perempuan dalam keluarganya, dimana beliau mempunyai dua adik-beradik yang lebih tua. Ketika beliau masih kecil, ibunya masuk untuk menemaninya ke sekolah. Sulli pertama kali datang ke Seoul pada tahun 2004, dan pada tahun 2005, Sulli mula melibatkan diri dalam bidang lakonan profesional sebagai Princess Sunhwa muda dalam drama SBS The Ballad of Seodong dan beberapa kemudian menjadi cameo di drama SBS lain, Love Needs Miracle.

Bermula daripada lakonan drama, Sulli bercita-cita untuk menjadi seorang penyanyi, beliau kemudian mengikuti dan berjaya dalam ujibakat lakonan SM dengan menyanyikan lagu dari S.E.S. bertajuk "Chingu (Friend)". Setelah ujibakat, beliau secara rasmi menjadi sebahagian daripada SM trainee dan pada tahun yang sama berpindah ke asrama bersama Taeyeon & Tiffany Girl's Generation. Sulli tetap tinggal disana sehingga kemunculan Girl's Generation pada 2007.[1]

Pendidikan sunting

Sulli mendapat pendidikan dari Jungbu Elementary School [2] dan melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah, Chungdam Middle School. Beliau berkelulusan dari School of Performing Arts Seoul pada 7 Februari 2013.

Kerjaya lakonan sunting

Sulli memulakan kerjaya lakonan secara profesional ketika berusia 11 tahun, ketika beliau kembali dipilih untuk berlakon sebagai Princess Seonhwa muda di drama televisyen SBS, The Balada Seodong. Beberapa bulan kemudian, beliau membuat penampilan cameo dalam drama Love Needs Miracle, drama televisyen lain daripada SBS. Pada tahun 2006, beliau membuat penampilan sokongan kecil sebagai penilai masa kecil Micky dari TVXQ dalam drama teater Vacation. Sulli kemudian mendapat peranan kecil dalam Punch Lady dan The Flower Girl is Here (2007) dan juga Babo (2008).

Pada 26 April 2012, Sulli bersama rakan kumpulannya, Choi Minho dari SHINee telah disahkan untuk memainkan peranan utama untuk drama SM Entertainment yang baru, To The Beautiful You, versi Korea dari Hana Kimi. Drama ini diarahkan oleh pengarah Jun Ki Sang, pengarah drama terkenal Boys Over Flowers dan dijadualkan tayangannya pada bulan Ogos di SBS.[3] Pada awal tahhun 2014 Sulli memulai kembali aktingnya dengan membintangi film layar lebar dengan judul "Pirates" dan "Fashion King".

Kematian sunting

Pada 14 Oktober 2019, sekitar 3:20 pm KST, Sulli ditemui mati oleh pengurusnya di rumahnya di Seongnam, selatan Seoul.[4][5][6] Polis menyatakan bahawa mereka menyiasat sebagai kemungkinan bunuh diri.[7] Pengurus dilaporkan melawat rumah Sulli ketika dia tidak dapat mencapai Sulli, selepas bertelefon dengan Sulli pada hari sebelumnya.[8]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Peranan Nota
2007 Punch Lady Gwak Chun-sim
2008 BABO Ji-ho (kanak-kanak)
2010 A Turtle's Tale: Sammy's Adventures Shelly alih suara Bahasa Korea
2012 I AM. Diri sendiri Dokemuntari
SM Town Live in Tokyo Special Edition in 3D Diri sendiri Dokumentari
2014 The Pirates Heuk-myo
2014 Fashion King Kwak Eun-jin
2017 Real Song Yoo-hwa

Drama sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran
2005 Ballad of Seodong Puteri Seonhwa dari Silla (kanak-kanak) SBS
2005 Love Needs a Miracle Na Sun-ju (kameo) MBC
2006 Vacation Jin-joo SBS
2010 Oh! My Lady model (kameo)
2011 Welcome to the Show Sulli
2012 To the Beautiful You Goo Jae-hee
2019 Hotel Del Luna Jung Ji-eun (kameo) tvN

Rancangan aneka ragam sunting

Tahun Tajuk Saluran Peranan
2010–2011 Inkigayo SBS Pengacara
2011 Strong Heart (Episod 143) Tetamu
Running Man (Episod 55)
2012 Running Man (Episod 75)
2013 Running Man (Episod 129, 152, 153, 154)

Pautan luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ f(x)’s Sulli tears up while talking about SNSD’s Taeyeon, Tiffany
  2. ^ 중부초등학교
  3. ^ "f(x) Sulli Expresses Anxiety and Anticipation for Her Upcoming Drama "To the Beautiful You"". soompi.com. June 29, 2012. Dicapai pada June 29, 2012. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  4. ^ "Singer and actor Sulli found dead". Korea Herald. October 14, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada October 14, 2019. Dicapai pada October 14, 2019.
  5. ^ "14일 숨진 채 발견 "평소 우울증"…경찰 "극단적 선택 추정"". October 14, 2019.
  6. ^ Chae, Hye-seon (October 14, 2019). "[속보] 경찰 "설리, 성남 자택서 사망…매니저가 발견"". JoongAng (dalam bahasa Korea). Dicapai pada October 14, 2019.
  7. ^ Oh, Hyung-tae (October 14, 2019). "[속보] 가수 겸 배우 설리 숨진 채 발견…"극단적 선택 추정"". KBS News (dalam bahasa Korea). Dicapai pada October 14, 2019.
  8. ^ Kim, Hye-ran (October 14, 2019). "[속보] 경찰 "설리 성남 자택서 숨진 채 발견…매니저가 신고"". DongA (dalam bahasa Korea). Dicapai pada October 14, 2019.