Sultan Assaidis Asyarif Ali Abdul Jalil Syaifuddin Baalawi

Sultan Assaidis Asyarif Ali Abdul Jalil Syaifuddin Baalawi merupakan sultan ketujuh dalam turutan sultan-sultan Kerajaan Siak Sri Indrapura. Baginda memerintah dari tahun 1784 sehingga 1810. Baginda merupakan abang dari Sultan Syarif Abdurrahman (Sultan Pelalawan 1) dan kemenakan dari Sultan Muhammad Ali, Yang Dipertuan Besar Siak.[1]

Sayyid Ali
Sultan Siak Sri Inderapura
Pemerintahan17911811
Nama penuhSultan Sayyid Ali Abdul Jalil Saifuddin
GelaranYang Dipertuan Besar Siak
PendahuluSultan Yahya
PenggantiSultan Sayyid Ibrahim
AyahandaSayyid usman
BondaTengku Embung Badariyah binti Sultan Alammudin bin Raja Kecik

Biografi sunting

Tengku Sayyid Ali merupakan putera dari Sayyid Osman al-Syaikh 'Ali Ba' Alawi, yang berkahwin dengan Tengku Embong Badariah binti Sultan Alammudin Syah yang bermakna ia adalah keturunan Raja Kecil. Beliau adalah sosok raja yang progresif, jujur dan adil. Beliau berjaya meningkatkan kemakmuran kerajaan dan pakar dalam penyediaan organisasi ketenteraan. Organisasi, disiplin serta kemampuan di bidang ketenteraan terus-menerus disempurnakannya. Beberapa panglima terkenal di masanya ialah Panglima Besar Sayid Abdurrahman (Adik beliau yang kelak menjadi Sultan Pelalawan I), Tengku Besar Sayyid Achmad dan Datuk Laksamana Raja Dilaut.[2]

Kemajuan Siak sunting

Baginda merupakan Sultan Siak yang pertama yang mempunyai darah kacukan Arab dan bergelar Sayed Syarif. Pada pemerintahan Sultan VII inilah Kerajaan Siak mencapai puncak kejayaannya.

Pusat pemerintahan dipindahkan dari Mempura ke seberang sungai iaitu Kota Tinggi yang kelak dikenal dengan bandar Siak Sri Inderapura. Di ibu negara baru ini dibina benteng sebagai persiapan menghadapi segala kemungkinan dengan Belanda.[3]

Pengembangan Wilayah sunting

Selepas merasa kuat, beliau merancang untuk memperluaskan wilayah Siak. Kemudian berlakulah penaklukan terhadap wilayah-wilayah di pantai timur Sumatra yang dikenali dengan jajahan 12 meliputi: Kota Pinang, Pagarawan, Batubara, Bedagai, Kualuh, Panai, Bilah, Asahan, Serdang, Langkat, Temiang, dan Deli. Selain itu beliau juga berjaya mengembalikan Kubu, Bangko dan [Tanah Putih ke dalam kuasa Siak sebagaimana pada masa Raja Kecil. Kemudian persekutuan Tapung Kiri dan Tapung Kanan memilih berdamai dan mengakui kedaulatan Sultan Siak kerana tidak mungkin bagi mereka untuk menandingi keunggulan Siak.[4]

Di samping itu, Sultan Syarif Ali juga mengetuai serangan ke atas Kesultanan Sambas di Kalimantan Barat dan berjaya menaklukkan ibu kota tetapi tidak untuk masa yang lama. Sebagai bukti penaklukan, di Sambas kini masih terdapat sebuah kampung bernama Kampung Siak. Selain itu, di Siak ada barang yang dibawa dari Sambas seperti piring, senjata dan lain-lain. Didapati juga bahawa ada persamaan antara Tenunan Siak dengan Sambas. Semenjak itu, Sambas membayar ufti tahunan kepada Siak berupa bunga perak.[5] Selepas pulang dari Sambas, armada Siak dikerahkan untuk menyerang Kesultanan Pelalawan. Adiknya, Panglima Besar Sayid Abdurrahman ditabalkan sebagai sultan di sana disamping sebagai Raja Muda di Siak. Adiknya yang lain Sayyid Ahmad diangkat sebagai panglima besar berkedudukan di Tebing Tinggi untuk menguasai daerah-daerah sekitarnya, selanjutnya ia dikenali dengan Tengku Panglima Besar Tebing Tinggi.[6]

Akhir Hayat sunting

Sultan Syarif Ali meletak jawatan sebagai sultan pada tahun 1811, kemudian secara sukarela menyerahkannya kepada puteranya, Tengku Ibrahim. Setelah mangkat beliau bergelar Marhum Kota Tinggi[7]

Rujukan sunting

  1. ^ Timothy P. Barnard, Texts, Raja Ismail and Violence: Siak and the Transformation of Malay Identity in theEighteenth Century, Journal of Southeast Asian Studies, Vol. 32, No. 3 (Oct., 2001), pp. 331-342.
  2. ^ Muchtar Luthfi, Sejarah Riau, Percetakan Riau - Pekanbaru (1977), pp. 251-253.
  3. ^ Muchtar Luthfi, Sejarah Riau, Percetakan Riau - Pekanbaru (1977), pp. 251-253.
  4. ^ Muchtar Luthfi, Sejarah Riau, Percetakan Riau - Pekanbaru (1977), pp. 251-253.
  5. ^ Muchtar Luthfi, Sejarah Riau, Percetakan Riau - Pekanbaru (1977), pp. 251-253.
  6. ^ Muchtar Luthfi, Sejarah Riau, Percetakan Riau - Pekanbaru (1977), pp. 251-253.
  7. ^ Muchtar Luthfi, Sejarah Riau, Percetakan Riau - Pekanbaru (1977), pp. 251-253.

Senarai kepustakaan sunting

  • Donald James Goudie, Phillip Lee Thomas, Tenas Effendy, (1989), Syair Perang Siak: a court poem presenting the state policy of a Minangkabau Malay royal family in exile, MBRAS.
  • Christine E. Dobbin, (1983), Islamic revivalism in a changing peasant economy: central Sumatra, 1784-1847, Curzon Press, ISBN 0-7007-0155-9.
  • Journal of Southeast Asian studies, Volume 17, McGraw-Hill Far Eastern Publishers, 1986.

Lihat juga sunting

Sultan-sultan Kerajaan Siak Sri Indrapura

Didahului oleh
Sultan Yahya
Sultan Siak Sri Inderapura
1791 - 1811
Diikuti oleh:
Sultan Sayyid Ibrahim

Templat:Sultan-bio-stub