Sultan Ibrahim Shah, Kedah

Sultan Ibrahim Shah ialah Sultan Kedah yang ke-6. Baginda merupakan putera kepada Sultan Mahmud Shah dan Tunku Aishah.

Pada 14 Mei 1321, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah ke-6 dan bersemayam di Kota Sungai Emas.

Pada 18 Mei 1323, baginda bersama kaum kerabat dan jemaah menterinya telah berhijrah ke Kota Seputeh.

Baginda menyerahkan Kota Sungai Emas kepada Raja Muda Ahmad manakala Kota Bukit Meriam diberikan kepada Dato’ Tan Derma Dewa untuk menjagakannya.

Pada 27 Disember 1373, baginda telah mangkat akibat kegeringan dan dimakamkan di Langgar Kota Seputeh.

Anakanda sunting

  1. Tunku Sulaiman
  2. Tunku Abdul Rahman

Lihat juga sunting

Rujukan sunting


Pautan luar sunting

Didahului oleh
Sultan Mahmud Shah
Sultan Kedah
1321-1373
Diikuti oleh:
Sultan Sulaiman Shah