Sumardi Hajalan (Jawi: ﺳﻭﻣﺎردي ﺣﺎﺟﺎﻟﻦ) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang kini beraksi bersama Johor FC di Liga Super Malaysia.

Sumardi Hajalan
Maklumat peribadi
Nama penuh Sumardi Hajalan
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Johor FC
Nombor 6
Kerjaya remaja
SM All Saints
SAFA
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2005-2006
2006-
Sabah FA
Johor FC
Pasukan kebangsaan
2006-
2007-
Malaysia Malaysia B-23
Malaysia Malaysia
8 (0)
2 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 10 Disember, 2006
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 14 Jun, 2008

Sumardi merupakan salah seorang pemain dari Sabah FA. Dia memulakan kerjaya profesionalnya bersama Sabah FA pada musim 2006/07. Sebelum berakhirnya musim 2006/07 dia menyatakan hasratnya untuk menyambung kontraknya tetapi membatalkan hasratnya kerana mendapat tawaran lumayan dari Johor FC.

Sumardi Hajalan juga merupakan tonggak pasukan bawah 23 tahun Malaysia. Dia pernah beraksi pada Pesta Bola Merdeka 2007 dimana Malaysia muncul selaku juara. Dia juga menyertai skuad bawah 23 tahun Malaysia ke Sukan Asia Tenggara 2007 di Korat. Sumardi mendapat kaps pertamanya ketika menentang Bahrain pada kelayakan Piala Dunia FIFA 2010.

Pautan Luar sunting