Suratman Markasan (29 Disember 1930 – 27 Februari 2024) merupakan seorang penyair, penulis novel dan sasterawan Singapura. Beliau telah dianugerahkan Pingat Budaya, Anugerah Penulis Asia Tenggara, Anugerah Sasterawan Mastera dan juga Hadiah Sastera Singapura.

Suratman Markasan
Kelahiran(1930-12-29)29 Disember 1930
Meninggal dunia27 Februari 2024(2024-02-27) (umur 93)
Singapura
PekerjaanPenyair, penulis novel
Terkenal keranaSasterawan

Kehidupan awal dan pendidikan sunting

Beliau dilahirkan di Singapura pada 29 Disember 1930. Beliau telah bersekolah di sebuah sekolah Melayu pada tahun 1940-an. Selepas tamatnya sekolah menengah, beliau berkhidmat sebagai guru pelatih di Sekolah Melayu Pasir Panjang. Beliau kemudiannya menyambung pengajiannya di Kolej Latihan Sultan Idris (kini Universiti Pendidikan Sultan Idris) di Perak dan lulus daripada kolej dengan itu dengan sijil pengajaran pada tahun 1950. [1][2]

Kerjaya sunting

Beliau telah kembali ke Singapura selepas menamatkan pengajiannya di Kolej Latihan Sultan Idris dan berkhidmat di Sekolah Melayu Teluk Blangah sebagai guru. Beliau juga menyertai Kesatuan Guru Melayu Singapura dan Angkatan Sasterawan '50.[2] Pada tahun 1954, beliau mengarang puisi pertamanya iaitu "Hati yang Kosong" .[1] Pada tahun 1959, beliau telah menerbitkan koleksi puisi beliau iaitu "Mekar dan Segar".[2] Manakala, novel pertama yang ditulis oleh beliau pada tahun 1958 dan telah diterbitkan pada 1962 dengan bertajuk Tak Ada Jalan Keluar.[3] Beliau mengajar di Sekolah Menengah Pasir Panjang dari Januari 1961 sehingga Disember 1964. Selepas itu, beliau mengajar pada Januari 1965 hingga Jun 1968 di Sekolah Menengah Swiss Cottage.[2] Beliau telah mendaftarkan dirinya di Universiti Nanyang pada tahun 1968 dan lulus daripada pengajiannya dengan Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Pengajian Melayu dan Indonesia pada tahun 1971.[1] Pada tahun 1970 sehingga 1976, beliau berkhidmat sebagai naib presiden Kesatuan Guru Melayu Singapura. Pada tahun 1971 hingga 1973 pula, beliau berkhidmat sebagai penulis dalam Majalah Sasterawan, yang diterbitkan oleh Angkatan Sasterawan '50 dan pada Julai 1976 sehinggalah pada Disember 1979, beliau berkhidmat sebagai perunding dalam bidang bahasa dan sastera di Kementerian Pendidikan Singapura.[2] Pada tahun 1979, beliau menerbitkan sebuah antologi iaitu "Antologi Mata Hari Kota", sebuah siri cerpen dan puisi. [4] Beliau merupakan ahli Persatuan Penulis Singapura dari 1976 hingga 1979. Dari 1976 hingga 1980, beliau telah berkhidmat sebagai Inspektor Khas untuk Sekolah. Pada tahun 1977 dan beliau menerbitkan juga Persidangan Penulis ASEAN 1977, sebuah koleksi puisi. Pada tahun 1979 hingga 1985, beliau telah berkhidmat sebagai pengerusi Jawatankuasa Hadiah Sastera Majlis Pusat Singapura. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pengerusi bagi Bahagian Bahasa dan Sastera pertubuhan itu.[2]

Pada tahun 1980, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Pengajian Melayu dan Tamil di Kementerian Pendidikan Singapura.[1] Pada 1981 hingga 1985, beliau bekerja di Institut Pendidikan Negara Singapura sebagai pensyarah institusi sepenuh waktu. Beliau meneruskan perkhidmatan beliau sebagai pensyarah sambilan di institusi tersebut dari 1985 hingga 1995.[1] Pada tahun yang sama, beliau telah menerbitkan koleksi puisi beliau bertajuk iaitu "Puisi Temasek dan Puisi-Puisi Nusantara" dengan dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Bahasa dan Kesusasteraan Majlis Pusat Singapura dan berkhidmat sehingga 1986 dan telah menjadi ahli Jawatankuasa Eksekutif dan pengerusi Bahagian Penerangan dan Penerbitan Yayasan MENDAKI dan peranannya yang telah disandangnya sehingga 1987.[2] Pada tahun 1982, beliau menerbitkan Gerak dan Dialog, sebuah antologi cerpen.[4] Pada 1982 hingga 1984, beliau berkhidmat sebagai pengerusi bagi Kesatuan Guru Melayu Singapura dan merupakan ahli jawatankuasa Majlis Bahasa Melayu. Beliau menerbitkan koleksi puisi iaitu Gema Temasik dan Bahasa dan Sastera Nusantara: Sejarah dan Masa Depannya masing-masing pada tahun 1983 dan 1984. Pada April 1984 hingga 1988 pula, beliau berkhidmat sebagai pengarang Majalah Sekata, yang diterbitkan oleh Majlis Bahasa Melayu. Pada 1985 hingga 1987, beliau berkhidmat sebagai timbalan presiden untuk Majlis Pusat Singapura dan Angkatan Sasterawan '50. Beliau juga berkhidmat sebelum ini sebagai pengarang Warita Suara yang diterbitkan oleh Yayasan MENDAKI.[2] Pada tahun 1986, beliau menerbitkan "Jalan Permulaan", salah satu lagi koleksi cerpen dan puisi.[4] Manakala pula tahun 1986 sehingga 1988, beliau juga berkhidmat sebagai Presiden Pro tem Persatuan Guru Bahasa Melayu. Pada tahun 1987, beliau menerbitkan koleksi puisinya iaitu bertajuk Tiga Warna Bertemu dan Temasik. Pada tahun 1988 sehinggalah pada tahun 1989, beliau juga berkhidmat sebagai ahli jawatankuasa Persatuan Guru Bahasa Melayu. [2]

Pada tahun 1989, Suratman telah dianugerahkan Anugerah Penulis Asia Tenggara.[2][5] Pada tahun yang sama juga beliau telah menerbitkan novel keduanya, Subuh Hilang Senja.[4] Pada 1989 hingga 1991, beliau berkhidmat juga sebagai ahli jawatankuasa bagi Kongres Penyair Sedunia untuk Asia Tenggara. Pada 1989 hingga 1992, beliau berkhidmat sebagai pengarang untuk Warita Muis yang diterbitkan oleh Majlis Ugama Islam Singapura.[2] Pada tahun 1991, beliau menjadi penulis berwarganegara Singapura yang pertama berkhidmat sebagai penulis jemputan untuk Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).[1] Pada tahun yang sama, beliau telah menerbitkan antologi cerpen iaitu Perempuan Kedung Hitam, koleksi puisi bertajuk Cerpen-Cerpen Nusantara Mutakhir, serta koleksi puisi dengan berjudul Terminal Terakhir.[2] Pada tahun 1992 pula, beliau menerbitkan Dari Jalan Permulaan Ke Dua Jalur Kritik Sosial, salah satu siri cerpen dan puisinya dan pada tahun 1993, beliau menerbitkan satu lagi koleksi puisi, Portret Isteri Yang Hilang.[4]Pada 1993 hingga 1995, beliau berkhidmat sebagai penyunting dalam Ikhwan Darussalam, yang diterbitkan oleh Masjid Darussalam.[2] Beliau telah menerbitkan novel ketiganya Tiga Lelaki pada tahun 1995.[6] Pada tahun yang sama juga, beliau telah menerbitkan koleksi cerpen Pertemuan Kedua. Novel yang ditulis oleh beliau iaitu Di Bumi Mana diterbitkan pada tahun 1994 sebagai novel keempatnya. Pada tahun 1997, beliau telah dianugerahkan Anugerah Kesenian Pusat Montblanc-NUS dan tahun yang sama juga, beliau menerbitkan koleksi cerpen iaitu Stories From Southeast Asia. Pada tahun 1998, novel Penghulu yang Hilang Segala-galanya telah diterbitkan dan pada tahun 1998 sehinggalah tahun 2000, beliau berkhidmat sebagai pengarang Khalifah Muda yang diterbitkan oleh Masjid Darussalam dan PERDAUS. Pada tahun 1999, beliau telah dianugerahkan Anugerah Sastera Tun Sri Lanang dan Anugerah Sastera Nusantara. Pada tahun 2000, beliau menerbitkan koleksi cerpen Kembali Kepada Al-Quran dan koleksi puisi Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur 2000.[2]

Pada tahun 2002, beliau menerbitkan Balada Suluh Budiman yang merupakan koleksi puisi beliau dan telah mendapat penghargaan Anugerah Tokoh Pujangga yang merupakan anugerah daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pada tahun 2003, beliau menerbitkan Anak Bumi, koleksi cerpen, dan Citra Minda, koleksi karangannya. Pada tahun 2004, beliau menerbitkan Puisi Luka dan Puisi Duka, koleksi puisi. Beliau terbitkan salah satu sebuah koleksi cerpennya bertajuk Langau Menyerang Masjid dan Cerita-cerita Lainnya pada tahun 2007. Beliau telah diberikan penghargaan iaitu Pingat Budaya dan padatahun yang sama, beliau menerbitkan Puisi-puisi Perjalanan, salah satu koleksi puisinya.[2] Pada tahun 2011, novel beliau Dunia Bukan Kita Punya telah diterbitkan oleh beliau.[4] Pada tahun 2014, beliau telah dianugerahkan Anugerah Sasterawan Mastera.[1]

Pada 2022, beliau dan sejarahwan Wang Gungwu telah menjadi penerima tertua bagi Hadiah Sastera Singapura.[7][8]

Kehidupan peribadi dan kematian sunting

Suratman Markasan telah berkahwin. Isterinya meninggal dunia pada tahun 1980, [2] dan beliau telah meninggal dunia pada 27 Februari 2024 dengan berusia 93 tahun.[9]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g Supa'at, Juffri. "Suratman Markasan". Singapore Infopedia. National Library Board. Dicapai pada 5 Jun 2023. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "InfoPedia" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p "SURATMAN MARKASAN". Esplanade Offstage. 12 Oktober 2016. Dicapai pada 5 Jun 2023. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Offstage" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ Idham, Noor (19 January 1964). "BOTAK TENGAH, BOTAK TEPI!". Berita Harian. Singapore. Dicapai pada 7 June 2023.
  4. ^ a b c d e f "Crossing the Causeway". The Straits Times. Singapura. 9 Julai 1992. Dicapai pada 7 Jun 2023. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "ST" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  5. ^ Ibrahim, Azhar (1 April 2014). "Suratman Markasan: Malay Literature and Social Memory". BiblioAsia. National Library Board. Dicapai pada 7 Jun 2023.
  6. ^ Munasip, Rohman (30 Julai 1995). "Kemadiran penulis terpapar jelas". Berita Minggu. Singapura. Dicapai pada 7 Jun 2023.
  7. ^ Toh, Wen Li (30 Ogos 2022). "Wang Gungwu, Suratman Markasan, both 91, are Singapore Literature Prize's oldest winners". The Straits Times. Singapura. Dicapai pada 7 Jun 2023.
  8. ^ Jamzuri, Nazirah (26 Ogos 2022). "Suratman Markasan, Hartinah Ahmad cipta sejarah dalam Hadiah Sastera Singapura 2022". BERITA Mediacorp. Singapura. Dicapai pada 7 Jun 2023.
  9. ^ "Singapore's well-known literary figure Suratman Markasan dies". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-03-04.