Bunyi keliling

(Dilencongkan dari Surround sound)

Dalam bidang elektronik, bunyi keliling (bahasa Inggeris: surround sound) merangkumi pelbagai teknik memperkayakan mutu pengeluaran semula bunyi dari punca audio dengan saluran audio yang dihasilkan melalui pembesar suara tambahan yang terperinci. Lingkungan pendengaran manusia yang bersifat tiga dimensi boleh dimanfaatkan sepenuhnya dengan meletakkan saluran audio di atas dan bawah pendengar. Justeru, penggunaan bunyi keliling berbilang saluran mampu mengelilingi penonton (keliling kiri, keliling kanan, keliling belakang), berbanding "saluran skrin" (yang hanya mampu menghasilkan bunyi dari tengah, kiri dan kanan hadapan).

Teknologi bunyi keliling digunakan dalam sistem panggung wayang, teater rumah, konsol permainan video, komputer peribadi dan sebagainya. Antara media-media bunyi keliling yang kerap dijumpai termasuk kaset video, DVD video, dan siaran HDTV yang berkod Dolby Pro Logic, Dolby Digital, atau DTS, tidak lupa juga format-format seperti DVD-Audio (DVD-A) dan Super Audio CD (SACD) yang saling bersaing, dan MP3 Surround. Format bunyi keliling 5.1 yang digunakan di pawagam termasuklah Dolby Digital, DTS, dan Sony Dynamic Digital Sound (SDDS).

Kebanyakan rakaman bunyi keliling dihasilkan dalam bidang penerbitan filem atau permainan video; tetapi wujudnya juga kamera video pengguna yang dilengkapi ciri-ciri rakaman bunyi keliling yang sedia dipasang dalam peranti atau disediakan secara berasingan. Teknologi-teknologi bunyi keliling juga boleh digunakan untuk menzahirkan kaedah-kaedah ekspresi kesenian yang baru dalam bidang muzik. Berikutan kegagalan audi kuadrafonik pada 1970-an, muzik berbbilang saluran diperkenalkan semula secara beransur-ansur sejak tahun 1999 dengan bantuan format SACD dan DVD-Audio. Sesetengah penerima AV, sistem stereofonik, dan kad bunyi komputer disepadukan dengan pemproses isyarat digital atau pemproses audio digital untuk menyelakukan bunyi keliling dari sumber stereofonik.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting