Suruhanjaya Keselamatan Awam Kebangsaan

Suruhanjaya Keselamatan Awam Kebangsaan (国家公安委員会, Kokka Kōan Iinkai) adalah suruhanjaya Pejabat Kabinet Jepun. Ia beribu pejabat di Bangunan ke-2 Pejabat Pemerintah Pusat di 2-1-2 Kasumigaseki di Kasumigaseki, Chiyoda, Tokyo.[1][2]

Suruhanjaya Keselamatan Awam Kebangsaan
国家公安委員会
Kokka Kōan Iinkai
Go-shichi no kiri crest.svg
Government Office Complex 2 of Japan 2009.jpg
Bangunan ke-2 Pejabat Pemerintah Pusat
Gambaran keseluruhan
Dibentuk1947 (1947)
Di bawah bidang kuasa
 Jepun
Ibu pejabat2-1-2 Kasumigaseki, Chiyoda-ku, Tokyo, Jepun
Eksekutif agensi
Agensi induk
Pejabat Kabinet
Tapak webwww.npsc.go.jp (dalam bahasa Jepun)

Suruhanjaya ini terdiri daripada ketua yang memegang jawatan Menteri Negara dan lima anggota lain yang dilantik oleh Perdana Menteri, dengan persetujuan kedua-dua dewan Diet. Suruhanjaya ini beroperasi secara bebas dari kabinet, tetapi berselaras dengannya melalui Menteri Negara.

Fungsi suruhanjaya adalah untuk menjamin keberkecualian sistem polis dengan melindungi kekuatannya dari tekanan politik dan memastikan pemeliharaan kaedah demokratik dalam pentadbiran polis. Ia mentadbir Agensi Polis Negara, dan mempunyai kuasa untuk melantik atau memecat pegawai kanan polis. Suruhanjayaini juga mempunyai hubungan dengan agensi lain di luar Jepun dalam menyalaras tugas anti-jenayah rentas sempadan.[3]

Senarai anggota terkiniSunting

Senarai bekas pengerusiSunting

RujukanSunting

Rencana ini mengandungi bahan daripada Perpustakaan Kongres Pengajian Negara yang merupakan terbitan pemerintah Amerika Syarikat dalam domain awam.

  1. ^ "Index.pdf." (Archive) Suruhanjaya Keselamatan Awam Kebangsaan. (dalam bahasa Jepun) Dicapai pada 6 April 2009. "〒100-8974 東京都千代田区霞が関2-1-2"
  2. ^ "Ministry Access by Public Transportation." (Archive) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi. (dalam bahasa Inggeris) Dicapai pada 6 April 2009. "Address: 2nd Bldg. of the Central Common Government Office, 2-1-2, Kasumigaseski [sic], Chiyoda-ku, Tokyo 100-8926, Japan" - alamat Jepun: "〒100-8918 東京都千代田区霞が関2-1-2"
  3. ^ "PERKONGSIAN MAKLUMAT UNTUK PERANGI JENAYAH TRANSNASIONAL – JEPUN". ESSCOM TIMES. 30 September 2015. Dicapai pada 11 Disember 2020.

Pautan luarSunting