Kaitenzushi
Kaitenzushi (回転寿司 ) adalah merujuk kepada penjualan sushi siap hidang yang meletakkan sushi dalam piring-piring kecil yang beredar dengan bantuan meja pusing sehingga pengunjung restoran dapat mengambil sendiri piring sushi yang diinginkan.
Ciri khas
suntingJumlah harga makanan yang harus dibayar dikira berdasarkan jumlah, warna, atau motif piring yang telah kosong. Pada beberapa restoran Kaitenzushi, sup dan minuman harus dipesan secara berasingan. Pengunjung juga boleh meminta secara terus kepada pembuat sushi agar dibuatkan sushi yang diingini jika ketika itu jenis sushi yang diingini tidak diedarkan.
Teknologi moden banyak digunakan oleh restoran Kaitenzushi, mulai dari skrin sentuh untuk memesan sushi dan memberitahu pengunjung bahawa sushi yang dipesan hampir tiba, meja berpusing khusus untuk minuman, hinggalah kepada piring-piring kosong yang boleh dikumpulkan secara automatik mengikut harga makanan yang harus dibayar.
Meja berpusing yang digunakan Kaitenzushi biasanya berputar mengikut arah jam, rekaan yang sesuai untuk orang yang memegang penyepit dengan menggunakan tangan kanan.
Di restoran Kaitenzushi juga boleh ditemui makanan lain seperti tempura, furai (gorengan berbalut tepung roti), soba, chawanmushi, hidangan pencuci mulut seperti kek, dan minuman keras seperti bir dan sake yang diedarkan dengan menggunakan meja berpusing.
Sejarah
suntingShiraishi Toshiaki yang membuka warung melihat pengunjungnya memakan sushi sambil berdiri lalu mendapat ilham untuk menggunakan meja berjalan untuk restoran sushi setelah melihat meja berjalan yang digunakan di kilang arak Asahi. Pesanan pengunjung yang terdiri dari pelbagai jenis sushi diharapkan mampu dipenuhi dengan sistem tersebut, sekaligus dapat mengurangkan modal operasi menjadi minimum.
Pada tahun 1958, Genrokuzushi yang merupakan restoran Kaitenzushi pertama di dunia dibuka di berhampiran stesen Fuse milik Kintetsu yang terletak di bandar Fuse (sekarang kota Higashi Osaka, Wilayah Osaka). Restoran Genrokuzushi memegang jenama untuk istilah mawaru (廻る , berputar) dan kaiten (廻る , beredar), sehingga restoran sushi yang sejenisnya tidak dapat menggunakan istilah Kaitenzushi hinggalah tahun 1997.
Pautan luar
sunting- (Jepun) Hajime Monogatari Asal-usul Kaitenzushi