Suzuki Belang R150

Suzuki Belang R150, juga dikenali sebagai Suzuki Raider 150 atau Suzuki Satria 150 merupakan motosikal kapcai dengan saiz enjin paling besar iaitu 150 cc. Enjin empat lejang DOHC 4 injap 150 cc silinder tunggal sejukan minyak yang digunakan di dalam Belang R150 juga pernah digunakan pada model motosikal sport Suzuki FXR150.

Suzuki Belang R150
PengeluarSuzuki
Juga dikenaliSuzuki Raider 150 (Thailand) (Philippines)
Suzuki Satria 150 (Indonesia)
Syarikat indukSuzuki
Pengeluaran2004 - sekarang
KelasKapcai
Enjin4 lejang DOHC 4 injap silinder tunggal sejukan minyak
TransmisiManual 6 kelajuan (1 bawah, 5 atas)
BrekBrek cakera (depan dan belakang)
Berat108 kg
Muatan bahan api4.9 liter
BerkaitanSuzuki FXR150

Spesifikasi teknikal sunting

  • Kuasa kuda: 16.5 PS @ 9,500 rpm
  • Kilasan: 12.76 N-m @ 8,500 rpm
  • Jenis enjin: 4 lejang DOHC 4 injap silinder tunggal sejukan minyak
  • Lubang x lejang: 62.0 x 48.8 mm
  • Sesaran: 147.3 cc
  • Transmisi: 6 kelajuan
  • Brek: Cakera (depan dan belakang)
  • Sistem gantungan (hadapan): Teleskopik
  • Sistem gantungan (belakang): Monoshock
  • Sistem penghidup: Elektrik dan tendang
  • Sistem penyalaan: CDI
  • Kapasiti tangki bahan api: 4.9 liter
  • Berat kering: 108 kg

Ciri-ciri utama sunting

  • Enjin 4 lejang DOHC 150 cc - merupakan saiz enjin paling besar pernah digunakan oleh model motosikal kapcai.
  • Papan pemuka dengan takometer dan meter laju digital - untuk gaya papan pemuka ala-motosikal sport.
  • Brek cakera depan dan belakang - untuk kuasa membrek yang lebih baik.
  • Transmisi manual 6 kelajuan

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting