Syahādah (Arab: الشهادة), adalah PENYAKSIAN dalam keEsaan ILAH (Allah) dan Nabi Muhammad ﷺ sebagai RasulNya. Mengucap dua kalimah syahadah(Penyaksian) merupakan rukun pertama di dalam Rukun Islam. Apabila diucapkankan, seseorang itu secara rasmi dianggap mengisytiharkan dirinya sebagai penganut baru agama Islam. Tapi belum MUKMIN. Sehingga Laa ilaha illAllah ternanam dan hidup di dalam HATI. Mengucapkan & mengamalkan Kalimah Syahadah(Penyaksian) merupakan satu amalan kebaikan paling besar disisi Allah, dan tidak mengucapkannya merupakan kemungkaran paling besar disisi Allah (kerana akan berlaku SYIRIK terhadap ILAH). Segala dosa akan diampunkan oleh Allah bagi yang mengucapkannya dan bermula dia mengakui Allah sebagai ILAH untuk dikenali, dipelajari, ditaati dan mengikut cara yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w

  • Teks bahasa Arab:
    • لا إله إلا الله محمد رسول الله
  • Transliterasi:
    • LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH. [1]
  • Terjemahan ke bahasa Melayu
    • Tiada ILAH Selain Allah; Muhammad Itu Pesuruh Allah.
Syahadah
Syahadah

Pengucapan Syahādah(Penyaksian) perlu dilakukan dengan jelas, selain pengucap perlu mengucapnya dengan ILMU, AMAL, JUJUR dan IKHLAS dalam bahasa Arab, pengucapan(persaksian) perlu dilakukan di hadapan dua orang saksi Muslim.

Biasanya frasa أشهد أن 'ašhadu 'an = "Saya bersaksi bahawa" ditambahkan di awal kedua-dua Syahadah.

Syarat sah 2 kalimah syahadah sunting

Bagi seseorang yang belum Islam mengucapkannya beserta kepercayaan di dalam hati, maka terpelihara diri, harta dan nyawa seperti orang Islam.

Syarat bagi sahnya syahadah adalah:

  1. Tertib lafaz syahadah seperti yang dinyatakan.
  2. Melafazkan kedua-dua kalimah syahadah dengan berturut-turut (tanpa diselangi perbuatan lain)
  3. Mamahami makna kedua-duanya mengikut bahasa yang difahami.
  4. Mentaati perintah Allah dengan cara diamalkan Nabi Muhammad saw.
  5. Menggunakan perkataan "asyhadu" (ﺃَﺷْﻬَﺪُ) pada keduanya.
  6. Tidak syak atau ragu-ragu akan kedua-duanya.
  7. Menunaikan Hak Syahadah

Setelah seseorang mengucapkan syahadah maka wajib baginya menunaikan Hak Kalimah Syahadah. Hak kalimah adalah 'amar maaruf nahi munkar' mengajak kebaikan dan mencegah kemunkaran iaitu untuk disampaikan kepada mereka yang belum mengucapkan kalimah (orang belum Islam) dengan mengajak mereka mengucapkan kalimah syahadah iaitu Tiada ILAH selain ALLAH, dan Muhammad(saw) itu pesuruh ALLAH dan sesama orang Islam diingatkan tentang maksud Kalimah dan diajak taat segala perintah Allah dalam setiap aktiviti sehariannya khususnya dalam Dakwah dan Solat.

Syahadah(Penyaksian) juga merupakan Rukun Pertama Islam yang diamalkan oleh Nabi Muhammad(saw) dan para sahabat di Mekah sebelum datang perintah atau Rukun Islam kedua iaitu Solat.

Setiap insan yang lahir samada dari azalinya memang beragama Islam secara keseluruhannya (Kaffah), yakni kelahirannya dalam keluarga yang ibu bapanya mengamalkan syariat Islam ataupun bagi mereka yang asalnya datang dari keluarga bukan Islam, lalu memeluk Islam samada keseluruhan ataupun dirinya sendiri, perlu menunaikan hak-hak Islam dengan sempurna serta ia akan dipertanggungjawabkan dalam saksinya itu (syahadah) yang dilafazkan sepanjang tempoh kehidupannya.

  • a. AL-BAQARAH:208 "Wahai orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata".
  • b. AL-MARYAM:87 "Mereka tidak berhak mendapat syafaat, kecuali orang orang yang telah mengadakan perjanjian disisi ROBB".
  • c. AL-BAQARAH:132 "Dan Ibrahim mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Yaakub,"wahai anak-anakku! sesungguhnya Allah telah memilih agama ini untukmu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan Muslim".
  • d. AL-BAQARAH:254 "Wahai orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jualbeli padanya, tidak ada teman, serta tidak ada pertolongan syafaat. Dan orang kafir, mereka itulah orang yang zalim".(lihat pada surah Maryam:87 diatas(b))
  • e. AL-FATH:10 "Bahawasanya orang orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setis kepada Allah.Tangan Allah diatas tangan mereka,maka barangsiapa yang melanggar janjinya itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa yang menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya pahala yang besar".
  • f. AL-MAIDAH:11 "Adapun orang orang yang kafir dan mendustakan ayat ayat kami,mereka itulah penghuni neraka".


Sah Syahadah

1.   Diketahui

2.   Diikrarkan

3.   Ditasdiqkan

4.   Diamalkan


RUKUN SYAHADAH[2]

1.  Mengisbatkan Zat Allah (tiada sesuatupun di alam ini yang menyerupai zat Allah).

2. Mengisbatkan Sifat Allah (mengakui sifat Allah adalah yang paling sempurna).

3. Mengisbatkan Af’al Allah (menetapkan perbuatan Allah tidak sama dengan perbuatan makhluk).

4. Mengisbatkan kebenaran Rasulullah s.a.w. (meyakini bahawa agama yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w. sahajalah yang benar).

Sejarah sunting

Satu daripada terjemahan terawal Syahadah ke bahasa asing yang masih kekal adalah dalam bahasa Greek, dari zaman pemerintahan al Walid I (86-96 AH, 705-715 M) yang berbunyi: Ouk estin theos ei mē ha theos monos; Maamet apostolos theou. Bermaksud: "Tidak ada tuhan andai bukan tuhan yang tunggal; Muhammad adalah pesuruh tuhan", iaitu Allah telah diterjemahkan sebagai "tuhan yang tunggal".

Bendera sunting

Beberapa bendera kebangsaan mempamerkan Syahadah:

Nota. Bagi negara-negara yang mempamerkan Syahadah, ia tidak boleh dikibarkan separuh tiang, sebagaimana yang dilakukan negara/negari lain sebagai tanda perkabungan. Selain itu, ia tidak boleh diletakkan sebarangan, seperti pada getah pemadam dan lain-lain, kerana dianggap menghina kalimah Syahadah.

Lihat juga sunting