Tadika (Jawi: تاديکا; kata lakur dari taman didikan kanak-kanak) ialah sekolah peringkat awal bagi memberikan pendedahan kepada kanak-kanak tentang suasana persekolahan. Ia penting bagi persediaan untuk kanak-kanak ini menyesuaikan diri dengan persekitaran bersama kanak-kanak lain dan hidup berdikari. Isi pelajaran di peringkat tadika terdiri daripada mengeja, mengira dan membaca.

Tadika di Afghanistan.

Kanak-kanak yang mendaftar tadika lazimnya terdiri daripada mereka yang berumur 4–6 tahun, dan bergantung kepada persekitaran sesebuah negara.

Sistem tadika mengikut negaraSunting

Asia TenggaraSunting

Di Malaysia, kebanyakan tadika terbuka kepada kanak-kanak dari lima (kadangkala empat) ke enam tahun. Tadika permainan pula terbuka kepada kanak-kanak yang lebih muda. Di Malaysia, tiada peraturan yang menetapkan bila seseorang budak perlu menghadiri tadika, tetapi kebanyakan ibu bapa menghantar anak-anak pada usia lima tahun, dan menerima pendidikan awal di sana sebelum memasuki alam persekolahan ketika usia tujuh tahun. Singapura pula menetapkan tempoh tadika selama tiga tahun (usia tiga ke enam tahun).[1] Di Indonesia pula, pendidikan tadika adalah selama dua tahun, setahun di darjah Taman Kanak-Kanak Nol (TK 0) kecil dan setahun lagi di TK 0 Besar.[2] Satu lagi alternatif TK ialah Raudatul Athfal (RA) di bawah Kementerian Agama.

Di Indonesia, Taman Kanak-kanak (TK) merupakan pendidikan formal yang bersedia untuk budak di bawah 6 tahun yang tidak wajib untuk masuk ke Sekolah Dasar (SD).[3]

EropahSunting

Di Perancis, tadika (école maternelle) percuma terdapat di seluruh negara, dikawal Kementerian Pendidikan Kebangsaan, dan terbuka bagi kanak-kanak berusia tiga ke enam tahun. Sejak tahun persekolahan 2019, pendidikan tadika adalah diwajibkan dalam perundangan Perancis bagi kanak-kanak bermula usia tiga tahun.[4] Anaokulu Malzemeleri

RujukanSunting

  1. ^ "Kindergarten Information". PAP Community Foundation (PCF). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Januari 2012. Dicapai pada 10 Februari 2012.
  2. ^ Seniwati; Lestari, Tuti Dwi (Desember 2019). "Sikap Hidup Wanita Muslim Kauman: Kajian Peranan Aisyiyah dalam Kebangkitan Wanita di Yogyakarta pada Tahun 1914-1928". Jurnal Walasuji (dalam bahasa Indonesia). 10 (2). ISSN 2502-2229. Check date values in: |date= (bantuan)
  3. ^ Hasanah, Sovia (30 November 2016). "Perlukah Ijazah TK Untuk Mendaftar Masuk SD?". hukumonline.com (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Mei 2022. Dicapai pada 29 Mei 2022.
  4. ^ "La scolarité sera obligatoire dès 3 ans à partir de la rentrée 2019". L'Obs (dalam bahasa Perancis). 27 Mac 2018. Dicapai pada 2018-07-03..