Taihō Kōki
Taihō Koki (大鵬幸喜, lahir 29 Mei 1940 sebagai Koki Naya, meninggal 19 Januari 2013) adalah Yokozuna ke-48 dalam sukan Jepun gusti sumo. Beliau diisytiharkan sebagai ahli gusti sumo terhebat daripada tempoh pasca-perang.[1] Beliau menjadi Yokozuna pada tahun 1961 pada usia 21, yang termuda saat itu, dan dia memenangi rekod 32 kejohanan antara tahun 1960 dan 1971. Penguasaannya nyata sekali apabila dia memenangi enam perlawanan berturut-turut pada dua kesempatan berasingan. Dia adalah satu-satunya pegusti untuk memenangi setidaknya satu kejohanan setiap tahun dalam kerjaya divisyen tertingginya,[2] dan dia mempunyai peratusan kemenangan kerjaya tertinggi daripada setiap ahli gusti di zaman moden. Selepas bersara, beliau menjadi ketua jurulatih kumpulan Taihō.
Rujukan
sunting- ^ "Whether crisis or not, sumo's show must go on". The Japan Times. 2003-01-26. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-30.
- ^ "Ōzumō: Taihō" (dalam bahasa Jepun). Japan Top League.