Takungan Durian Tunggal

tasik dan takungan di Melaka, Malaysia

Koordinat: 2°21′18.4″N 102°18′58.4″E / 2.355111°N 102.316222°E / 2.355111; 102.316222

Takungan Durian Tunggal (Jawi: تاكوڠن دورين توڠڬل) atau juga dipanggil sebagai Tasik Durian Tunggal (تاسيق دورين توڠڬل) ialah sebuah takungan di Daerah Alor Gajah, Melaka, Malaysia. Takungan ini ialah salah satu sumber bekalan air utama kepada penduduk di Melaka.[1]

Takungan Durian Tunggal
تاكوڠن دورين توڠڬل
Tasik Durian Tunggal
تاسيق دورين توڠڬل
LokasiAlor Gajah, Melaka, Malaysia
JenisTakungan

Sejarah sunting

Pada awal 1991, takungan kering menjejaskan lebih daripada 600,000 orang. Masalah ini berlanjutan hingga awal 1992. Pada 1993, untuk mengatasi masalah ini, Kerajaan Negeri Melaka menandatangani perjanjian bekalan air dengan Kerajaan Negeri Johor.[2]

Kemudahan sunting

Kawasan takungan ini mempunyai kawasan perkhemahan, jalan joging, tempat beriadah, taman permainan kanak-kanak dan warung minuman dan makanan.

Aktiviti sunting

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di takungan, seperti berperahu, memancing atau meluncur angin.

See also sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Durian Tunggal Recreational Lake, Malacca". AOL Travel (dalam bahasa Inggeris).
  2. ^ "Learning efficient water supply management from Malacca". The Rakyat Post (dalam bahasa Inggeris).