Talut (bahasa Inggeris: Saul; Bahasa Ibrani: שָׁאוּל, Baku Sha'ul Tabariyah Šāʼûl ; "ditanya untuk"; Arab: طالوت, Ṭālūt; Yunani: Σαούλ Saoul; Latin: Saul) (1079 - 1007 SM) adalah raja pertama bagi Kerajaan Israel yang bersatu (memerintah 1047 - 1010 SM) berdasarkan pada Kitab Yahudi. Talut merupakan salah seorang tokoh dunia yang paling tragik di sejarah. Riwayat hidup dan zamannya terkandung dalam Perjanjian Lama (1 Sam. 9-31) dan dalam al-Quran Surah Al-Baqarah (ayat 246-252). Beliau adalah seorang warga kampung yang berasal dari susur galur keturunan Bunyamin (saudara Nabi Yusuf a.s), suku minoriti di Israel Raya.

Raja Talut
Raja Israel
Talut sedang mendengar muzik harp, oleh Rembrandt van Rijn, sekitar 1658.
PemerintahanSekitar 1047 SM sehingga 1010 SM
Pertabalandi Gilgal
PenggantiNabi Daud a.s.
PasanganAhinoam, anak perempuan kepada Ahimaaz
AyahandaKish berdasarkan kepada Tanakh dari keluarga Matrites, dan anggota puak Benjamin, salah satu puak dari Israel.

Kewujudan Israel sebagai sebuah negara diancam oleh Phillistin yang telah memperolehi teknik baru dalam pembentukan besi serta mempunyai monopoli senjata besi. Sistem kerajaan lama Israel dibawah hakim yang terpilih secara kasual tidak dapat memenuhi keperluan semasa. Orang ramai riuh meminta raja dan dengan perasaan enggan, kelompok pemerintah lama mengalah kepada mereka dan memilih Talut untuk tugas itu. Pada masa itu, Talut cuma merupakan seorang ahli muda daripada suku yang tidak penting.

Tanda kepemimpinan Thalut kemudian diperkuat dengan penemuan kembali “Tabut” (warisan sejarah perjuangan Nabi Musa dan Ya’kub) yang telah lama hilang. Syarat kekananan sebenarnya cukup penting, kerana mereka jelas memahami asam garam perjuangan masa lalu, tetapi harus dibuktikan keberkesanannya untuk membawa perubahan.

Talut mengejutkan setiap orang dengan keupayaannya. Beliau bukan sahaja murah hati dan bersifat sederhana, tetapi juga berani enggan mematuhi pemerintah lama secara membabi buta. Walau bagaimanapun, tekanan dan tanggungjawab pemerintahan beransur-ansur melemahkan keperibadiannya dan beliau semakin ada angin, berasa sangsi dan bertambah iri hati kepada kepopularan Nabi Daud a.s. yang semakin meningkat. Tambahan pula Nabi Daud merupakan orang yang menumpaskan Jalut yang gagah.

Talut mencapai banyak kemenangan, akan tetapi pada ujian terakhir di Pertempuran Gunung Gilboa, tenteranya yang jumlah dan kelengkapan tidak setanding dengan Phillistines mengalami kekalahan. Beliau mengalami cedera yang membawa maut dan membunuh diri dengan pedang sendiri. Talut diratapi oleh rakan dan musuhnya juga.

Rujukan

sunting
  • World Book International. The World Book Encyclopedia, Jilid 17 (1994). ISBN 0-7166-6694-4.