Taman Anggerik, Kuala Pilah

Taman Anggerik adalah kawasan perumahan yang terletak di kawasan Batu Kikir dan bersempadan dengan Kuala Pilah. Ianya terletak betul-betul di pemisah zon Dearah Jempol dengan Kuala Pilah. Mempunyai 47 buah rumah asalnya. Namanya pernah di tukar kepada Desa Anggerik kerana masalah nama yang kononnya jika menggunakan nama Taman, ianya sukar untuk mendapat bantuan seperti lampu jalan dan sebagainya. Namun panggilan Taman Anggerik tetap lekat pada taman perumahan ini walaupun papan tanda taman itu telah diubah kepada Desa Anggerik.