Fail:Tasik Penawar.JPG

Taman Tasik Penawar dicetuskan oleh Dato Ahmad Zahari, Pengurus Tanah dan Kerajaan Tempatan KEJORA di sekitar tahaun 1996. Pada asalnya adalah merupakan kawasan paya yang dibersihkan dan dinaiktaraf kepada taman rekreasi di Bandar Penawar, Kota Tinggi.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan oleh KEJORA seperti Malam Kebudayaan, senamrobik dan sukaneka. Aktiviti memancing diadakan dengan kerja Jawatankuasa Penduduk bagi memeriahkan lagi suasana di Taman Tasik Penawar.

Terdapat juga kemudahan riadah dan kecergasan di sekitan taman ini. Pada pagi setiap minggu, ramai penduduk berjoging manakala di waktu petang pula ramai pengunjung membawa roti untuk diberi makan kepada ikan-ikan di tasik.

Selain itu, terdapat juga 8 buah gerai untuk menjamu selera iaitu No 1. Makanan barat oleh Chef Halim, No 2. Nasi Goreng oleh Pak Ngah, No 3. Otak-otak di Gerai Puan Hartati, No 4. Mee Bandung Muar oleh Abang Man, No 5. Jeng Jeng jeng Sport Cafe, No 6. Amar Cafe oleh Hj Malik, No 7. Jemput-jemput dan lempeng (pan cake melayu) dan Gerai No 8. Burger dll.