Tanah Marie Byrd adalah sebuah rantau yang tidak dituntut di benua Antartika. Dinamakan sempena isteri kepada pegawai tentera laut Amerika Syarikat, Richard E. Byrd yang menerokai rantau tersebut pada awal abad ke-20,[1] Tanah Marie Byrd merupakan wilayah yang tidak dituntut terbesar di dunia dengan keluasan sekitar 1,610,000 km2 (620,000 bt2).

Lokasi Tanah Marie Byrd di Antartika

Kawasan Tanah Marie Byrd terletak di Antartika Barat, timur pentas ais Ross dan laut Ross, yang memanjang ke arah timur dianggarkan hingga ke garisan antara pangkal pentas ais Ross dan pesisir Eights. Ia menjangkau di antara 158°B dan 103°24'B. Rangkuman kawasan antara perana Rockefeller dan pesisir Eights adalah berdasarkan penerokaan Byrd.

Geografi sunting

Terdapat lima kawasan pesisir di rantau ini. Berikut merupakan senarainya dari barat ke timur:

No. Kawasan Sempadan barat Sempadan timur
1 Pesisir Saunders 158°00'B 146°31'B
2 Pesisir Ruppert 146°31'B 136°50'B
3 Pesisir Hobbs 136°50'B 127°35'B
4 Pesisir Bakutis 127°35'B 114°12'B
5 Pesisir Walgreen 114°12'B 103°24'B
  Tanah Marie Byrd 158°00'B 103°24'B

Rujukan sunting

  1. ^ "Marie Byrd Land". Sistem Maklumat Nama Geografi, Pemantauan Geologi Amerika Syarikat.

Bacaan lanjut sunting

Pautan luar sunting

Koordinat: 80°S 120°W / 80°S 120°W / -80; -120