Tangga Penrose ialah suatu objek mustahil ciptaan anak-beranak Lionel Penrose dan Roger Penrose.[1] Objek ini dibina berdasarkan segi tiga Penrose di mana ia menggambarkan (dalam bentuk dua dimensi) sebuah tangga yang membuat belokan 90 darjah namun bersambung sehingga seseorang yang berjalan di dalamnya tidak pergi lebih tinggi lagi. Objek ini mustahil dibina dalam bentuk tiga dimensinya.

Tangga Penrose

Objek ini pertama kali diilhamkan dalam sebuah rencana nukilan anak-beranak Penrose pada tahun 1959, berdasarkan "segitiga Penrose" karya Roger Penrose dalam makalah British Journal of Psychology pada tahun 1958.[1]

RujukanSunting

  1. ^ a b Penrose & Penrose 1958, halaman 31–33
  • Penrose, L.S.; Penrose, R. (1958). "Impossible objects: A special type of visual illusion". British Journal of Psychology. 49: 31–33. doi:10.1111/j.2044-8295.1958.tb00634.x. PMID 13536303.