Tanjung Manis merupakan sebuah daerah di Bahagian Mukah, Sarawak yang berpusat di Bandar Belawai.

Tanjung Manis
Daerah
Lokasi Tanjung Manis
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
BahagianMukah
Keluasan
 • Jumlah730.53 km2 (282.06 batu persegi)



Sejarah sunting

Daerah Tanjung Manis dinamakan sebagai Daerah Kecil Belawai pada 7 April 1994 dan terletak di bawah pentadbiran Bahagian Sarikei. Pada 1 Mac 2002, Daerah Kecil Belawai diletakkan di bawah pentadbiran Daerah Daro dalam Bahagian Mukah, Sarawak susulan perisytiharan Mukah sebagai Bahagian ke-10 Sarawak.

Pada 1 Ogos 2015, Daerah Kecil Belawai telah dinaiktaraf dan diwartakan ke Daerah Tanjung Manis.

Pentadbiran sunting

Daerah Tanjung Manis meliputi kawasan seluas 730.53 km persegi. Daerah Tanjung Manis ditadbir oleh Majlis Daerah Matu dan Daro.

Populasi sunting

Majoriti penduduk Daerah Tanjung Manis ialah kaum Melanau.

Pengangkutan sunting

Perhubungan utama daerah ini ialah pengangkutan darat, namun terdapat 30% kawasan di Daerah Tanjung Manis masih perlu menggunakan pengangkutan air seperti Paloh, Stalun, Sebayang, Sungai Berangan dan Telok Gelam. Jaringan jalan raya di daerah ini menghubungkan daerah-daerah disekitar melalui perkhidmatan feri serta akses ke bandar besar yang terdekat seperti Bandar Sibu.

Laman utama sunting