Tarian Zapin Tenglu

Tarian Zapin Tenglu (juga dikenali sebagai Permainan lapin) merupakan sebuah tarian yang berasal dari Tenglu, Mersing. Penduduk di kawasan tersebut mengamalkan tarian ini sewaktu berehat selepas menunaikan solat Isyak dan juga di majlis perkahwinan.[1]

Cara menari sunting

Tarian ini memerlukan pergerakan yang pantas dan sesuai untuk masyarakat nelayan. Selain itu, tarian ini dibantu oleh irama yang rancak dan beralun. Asas tariannya sama dengan Tarian Zapin Melayu Johor tetapi gerak-gerinya agak berbeza di mana penari membebaskan lengan pada kedua-dua belah tangannya ketika menari. Penarinya terdiri daripada empat atau melebihi lapan orang penari lelaki sahaja.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Tarian Zapin Tenglu". Dicapai pada 3 April 2013.