Teluk Baffin (Perancis: Baie de Baffin) ialah sebuah laut marginal yang menghubungkan Lautan Atlantik dengan Lautan Artik, yang terletak di antara Pulau Baffin di Kanada dan pesisir barat daya Greenland.[1][2][3] Teluk ini terhubung ke Lautan Atlantik melalui Selat Davis dan Laut Labrador. Selat Nares pula menghubungkan Teluk Baffin dengan Lautan Artik.

Teluk Baffin
Teluk Baffin is located in Bumi
Teluk Baffin
Teluk Baffin (Bumi)
Koordinat74°N 68°W / 74°N 68°W / 74; -68 (Baffin Bay)Koordinat: 74°N 68°W / 74°N 68°W / 74; -68 (Baffin Bay)
Negara lembanganKanada dan Greenland
Panjang maksimum1,450 km (900 bt)
Lebar maksimum110–650 km (68–404 bt)
Luas permukaan689,000 km2 (266,000 bt2)
Kedalaman purata861 m (2,825 ka)
Kedalaman maksimum2,136 m (7,008 ka)
Isi padu air593,000 km3 (142,000 bt3)
Rujukan[1][2]

Kawasan teluk ini dihuni sekitar tahun 500 SM oleh orang Dorset, dan kemudiannya oleh orang Thule dan orang Inuit. Teluk ini didatangi orang Eropah pada tahun 1585 dan digambarkan secara terperinci pada tahun 1616 oleh William Baffin, asal nama teluk dan pulau ini. Hampir sepanjang tahun, teluk ini tidak dapat dilayari kerana ditutupi ais padat yang terapung serta gunung-gunung ais yang tinggi di kawasan terbuka.

Rujukan sunting

  1. ^ a b Baffin Bay, Great Soviet Encyclopedia (dalam bahasa Rusia)
  2. ^ a b Baffin Bay, Encyclopædia Britannica on-line
  3. ^ Reddy, M. P. M. (2001). Descriptive Physical Oceanography. Taylor & Francis. m/s. 8. ISBN 9789054107064. Dicapai pada 26 November 2010.