Tentera Darat Austria-Hungary

Tentera Darat Austria-Hungary (Jerman: Landstreitkräfte Österreich-Ungarns; Hungary: Császári és Királyi Hadsereg) adalah angkatan darat Dwi Monarki Austria-Hungary dari tahun 1867 hingga 1918. Ia terdiri daripada tiga bahagian: tentera darat bersama (Gemeinsame Armee, "Tentera Darat Bersama", di rekrut dari semua tempat di negara ini), Landwehr Imperial Austria (di rekrut dari Cisleithania), dan Royal Hungarian Honved (di rekrut dari Transleithania).

Tentera Darat Austria-Hungary
Panji-panji perang
Panji-panji perang
Aktif1867–1918
Kesetiaan Austria-Hungary
CawanganAngkatan Tentera Austria-Hungary
JenisTentera darat
Saiz7,800,000 pada 1917[perlu rujukan]
Pertempuran
Pemerintah Tertinggi,
Maharaja Franz Joseph I
Askar Rejimen Ke-6 Landwehr memakai Pakaian Tempur

Berikutan pertempuran antara Empayar Austria dan Kerajaan Hungary dan diikuti kewujudan tidak selesa selama dua dekad, askar-askar Hungary berkhidmat samada dalam unit campuran atau ditempatkan jauh dari kawasan Hungary. Dengan Kemuafakatan Austria-Hungary 1867 tentera darat tiga pihak yang baru telah ditubuhkan. Ia wujud sehingga pembubaran Empayar Austria-Hungary selepas Perang Dunia I pada tahun 1918.

Unit-unit "Tentera Darat Diraja dan Imperial" bersama (kaiserlich und königliche Armee atau k.u.k.) pada umumnya kurang terlatih dan mempunyai akses yang sangat terhad kepada peralatan kerana kerajaan-kerajaan bahagian empayar Austria dan Hungary lebih suka membiayai unit mereka sendiri daripada melengkapkan ketiga-tiga cabang tentera darat secara sama rata. Kesemua rejimen Landwehr dan Honvédség mengandungi tiga batalion, manakala rejimen k.u.k. tentera darat bersama mempunyai empat batalion.

Pakaian seragam infantri berwarna putih telah digantikan pada separuh akhir abad ke-19 dengan tunik biru gelap,[1] yang seterusnya digantikan oleh pakaian seragam kelabu pike digunakan pada peringkat awal Perang Dunia I. Pada September 1915, kelabu medan telah diguna pakai sebagai warna rasmi pakaian seragam baru.[2]

Anggota terakhir Tentera Darat Austria-Hungary yang diketahui terselamat ialah veteran Perang Dunia I Franz Künstler, yang meninggal dunia pada Mei 2008 semasa berusia 107 tahun.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Templat:Research help

  1. ^ Rothenberg, G. (1976). The Army of Francis Joseph. West Lafayette, IN: Purdue University Press. m/s. 83. ISBN 0911198415.
  2. ^ Rothenberg 1976, m/s. 193.

Bacaan lanjut sunting

  • Bassett, Richard. For God and Kaiser: The Imperial Austrian Army, 1619-1918 (2016).

Dalam bahasa Jerman sunting

  • Brüch, Oskar; Dirrheimer, Günter (1997). Das K.u.k. Heer 1895. Schriften des Heeresgeschichtlichen Museums in Wien. Graz: Leopold Stocker. ISBN 3-7020-0783-0.
  • Lichem, Heinz von (1977). Spielhahnstoß und Edelweiß. Graz: Stocker Verlag. ISBN 370200260X.
  • Lichem, Heinz von (1985). Der Tiroler Hochgebirgskrieg 1915–1918. Berwang (Tirol): Steiger Verlag. ISBN 3854230524.
  • Lohmeyer, Julius (1887). Das Militärbilderbuch: Die Armeen Europas. Glogau o.J.: Carl Flemming Verlag.
  • Allmeyer-Beck; Lessing (1974). Die K.u.K. Armee 1848–1918. München: Bertelsmann.
  • Rest; Ortner; Ilmig (2002). Des Kaisers Rock im 1. Weltkrieg. Wien: Verlag Militaria. ISBN 3950164200.
  • Schreiber, Georg (1967). Des Kaisers Reiterei. Wien: Verlag Kremayr & Scheriau.

Pautan luar sunting

Templat:Angkatan Tentera Austria-Hungary