Teppanyaki (鉄板焼き, panggangan kuali besi) adalah salah satu cara memasak makanan Jepun di atas kuali besi yang rata (teppan). Selain itu, teppanyaki boleh juga bermaksud kedai makanan Jepun yang menyediakan tempat duduk dengan meja berbentuk kaunter, sedangkan kuali besi digunakan tukang masak untuk memasak makanan.

Tebal kuali besi yang dipakai sebagai alat masak antara 0.3 cm hingga 1.5 cm. Di bawah kuali besi terdapat dapur gas dengan pengawal suhu atau saiz api. Masakan yang dimasak di atas teppan, misalnya: steak, okonomiyaki, monjayaki, yakisoba, dan pelbagai jenis dari sayur-sayuran, daging, atau makanan laut.

Sejarah

sunting

Hingga awal zaman Showa, orang Jepun umumnya hanya mengenal dapur dari tanah liat yang disebut shichirin dengan bahan bakar arang kayu. Sebelum Perang Dunia II, besi masih merupakan barang dapur di Jepun. Selepas perang, pedagang makanan di pasar gelap dan pedagang kaki lima memula penggunaan kuali besi bekas perang sebagai alat masak.

Pada zaman sekarang, hotplate elektrik sudah merupakan barang yang biasa di Jepun. Walaupun demikian, cara memasak teppanyaki tidak begitu meluas di kalangan seisi rumah. Kepanasan yang dihasilkan hotplate dianggap kurang panas, dan masakan yang dihasilkan masih kurang enak dibandingkan dengan kuali besi yang dimiliki restoran teppanyaki. Di kalangan rakyat Jepun, teppanyaki lebih popular sebagai cara memasak di ruang terbuka, sewaktu berkhemah dan sewaktu penyelenggaraan matsuri.

Teppanyaki adalah masakan Jepun yang sangat popular di luar Jepun bahana restoran teppanyaki seperti Benihana dan Shogun. Tukang masak akan mempertontonkan keterampilan dalam memasak daging steak di atas teppan dengan pengunjung yang duduk di kaunter seperti di restoran sushi. Penyajian hidangan gaya "teppanyaki" dimulakan oleh restoran Misono di Kobe yang menyajikan masakan terus di hadapan pengunjung. Tukang masak memanggang daging steak dengan gaya akrobat yang ternyata lebih disukai pengunjung restoran di luar Jepun. Bawang bombay yang dihiris-hiris dan ditumpuk untuk membentuk Gunung Fuji dan api dinyalakan supaya keluar asap seperti gunung berapi.

Di Jepun, restoran teppanyaki seperti restoran Misono merupakan salah satu tujuan pelancongan dari luar negeri. Lebih dari sekadar menikmati masakan teppanyaki, para pelancong datang untuk menyaksikan aksi masak yang dipertunjukkan tukang masak.

Ketebalan kuali besi

sunting

Ketebalan kuali besi bergantung kepada jenis masakan yang ingin dibuat. Okonomiyaki yang perlu waktu dimasak lebih lama memerlukan kuali besi yang lebih tebal. Sementara itu, kepingan besi yang tipis digunakan untuk menumis sayur-sayuran seperti kobis dan tauge dengan api besar dalam waktu singkat.

Pekerja bangunan sering menggunakan sisa potongan kepingan besi bekas bangunan untuk memasak teppanyaki. Sebelum kepingan besi boleh digunakan untuk memasak, kepingan besi harus dicuci dan digosok hingga licin. Setelah bersih, kepingan besi dipanaskan dan dilap sampai kering.

Pautan luar

sunting