The Jungle Book (filem 1967)
The Jungle Book (Buku Hutan) ialah sebuah filem animasi pada 1967 yang diterbitkan oleh Walt Disney dan ditayangkan ke pawagam oleh Buena Vista Pictures pada 18 Oktober 1967. Filem ini merupakan film ke-19 dalam rangkaian Film Animasi Klasik Walt Disney. Sewaktu penggambaran filem ini sedang berlangsung, Walt Disney meninggal dunia menjadikan filem ini filem terakhir yang dihasilkan sendiri oleh Walt Disney. Filem ini diambil dari buku berjudul sama karangan Rudyard Kipling. Ceritanya tentang anak laki-laki bernama Mowgli yang dibesarkan oleh serigala. Lagu-lagu dalam filem ini kemudiannya menjadi lagu klasik Disney, seperti "The Bare Necessities" dan "I Wan'na Be Like You". Sebahagian besar lagu diciptakan oleh Richard M. Sherman dan Robert B. Sherman. Sebagai sutradara adalah Wolfgang Reitherman, sementara anak lelakinya sendiri, Bruce Reitherman mengisi suara Mowgli.
The Jungle Book | |
---|---|
Pengarah | Wolfgang Reitherman |
Penulis | Rudyard Kipling (buku) Larry Clemmons Ralph Wright Ken Anderson Vance Gerry |
Dihasilkan oleh | Walt Disney |
Dibintangi | Phil Harris Sebastian Cabot Bruce Reitherman George Sanders Sterling Holloway Louis Prima |
Muzik oleh | Penggubah: George Bruns Lagu: Terry Gilkyson Richard M. Sherman Robert B. Sherman |
Diedarkan oleh | Buena Vista Distribution |
Tarikh tayangan | 18 Oktober 1967 9 Jun 1978 (peredaran ulang) 27 Jul 1984 (peredaran ulang) 13 Jul 1990 (peredaran ulang) |
Masa tayangan | 78 minit |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | Inggeris |
Bajet | AS$20.000.000 (perkiraan) |
Pecah panggung | AS$73.741.048[1] |
Susulan dari filem ini ialah The Jungle Book 2 yang dirilis pada tahun 2003.
Rujukan
sunting- ^ "Re-releases of The Jungle Book". Box Office Mojo. Dicapai pada 27 September 2008.