The Unarchiver

program penyahmampatan fail

The Unarchiver ialah perisian percuma berhak cipta[3] yang digunakan bagi tujuan nyahmampatan data, yang menyokong format yang lebih banyak berbanding perisian Archive Utility[4] (sebelumnya dikenali sebagai BOMArchiveHelper), program pengarkiban terbina dalam macOS. Ianya juga berupaya mengendalikan nama fail dalam pelbagai pengekodan karakter, yang biasanya dihasilkan melalui sistem pengendalian yang menggunakan pengekodan karakter tersebut[5]. Versi terkini memerlukan sistem pengendalian Mac OS X Lion atau terkini. The Unarchiver tidak berfungsi untuk memampatkan fail[6].

The Unarchiver
Pengarang asalDag Ågren
PembangunCirclesoft, MacPaw[1]
Keluaran stabil
4.3.6[2] Edit this on Wikidata / 20 Oktober 2022
Repositori Sunting ini di Wikidata
Sistem pengendalianmacOS, Linux menggunakan pustaka GNUstep, dan garis perintah hanya untuk Microsoft Windows, Linux, macOS
Terdapat dalam18 bahasa
Senarai bahasa
Inggeris, Arab, Bulgaria, Czech, Belanda, Perancis, Jerman, Hungary, Itali, Jepun, Latvia, Bokmål, Poland, Portugis, Rusia, Cina, Sepanyol, Turki
JenisNyahmampatan / Pengekstrak
LesenHak cipta semenjak pengambilalihan[3]
Sebelumnya LGPL
Tapak webtheunarchiver.com

Sebelum dibeli oleh MacPaw pada tahun 2017[7], The Unarchiver merupakan perisian percuma yang dilesenkan di bawah LGPL, sehinggalah versi 3.11.1 (diterbitkan pada tahun 2016)[8][9]. The Unarchiver versi 3.11.1 menyediakan pelaksanaan pengekstrakan RAR sehingga versi RAR5 secara percuma[10][11].


Rujukan sunting

  1. ^ "MacPaw acquires The Unarchiver Mac app, will keep it updated & free". 9to5Mac. 27 Julai 2017.
  2. ^ "The Unarchiver | Top Free Unarchiving Software for macOS".
  3. ^ a b "End User License Agreement (EULA) for MacPaw Products. Disclaimer and Limitations.". MacPaw.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Januari 2019.
  4. ^ Popescu, George (19 Ogos 2013). "The Unarchiver – A Better Way to Decompress Archives". Softpedia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Februari 2023. Dicapai pada 15 September 2016.
  5. ^ Seff, Jon (7 Mei 2013). "Mac Gems: The Unarchiver is a free, robust file-extraction utility". Macworld. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Disember 2023. Dicapai pada 15 September 2016.
  6. ^ Fenton, William (18 Jun 2014). "The Unarchiver (for Mac)". PC Magazine. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Disember 2023. Dicapai pada 15 September 2016.
  7. ^ Degtiarenko, Igor (27 Julai 2017). "MacPaw acquires The Unarchiver and commits to making it even better". MacPaw. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Februari 2024. Dicapai pada 18 Februari 2024.
  8. ^ "The Unarchiver". The Unarchiver. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Jun 2017.
  9. ^ "The Unarchiver source code from 2016 is licensed under the GNU Lesser General Public License v2.1". GitHub. 11 Mei 2011. Dicapai pada 18 Februari 2024.
  10. ^ "Another High Priority Project done: The Unarchiver provides free RARv3 extraction tools". Free Software Foundation. Dicapai pada 18 Februari 2024.
  11. ^ "The Unarchiver changes". The Unarchiver. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Julai 2017.