Abel Makkonen Tesfaye (lahir 16 Februari 1990),[1][2][3][4] lebih dikenali sebagai The Weeknd, ialah seorang penyanyi, penulis lagu, pelakon dan penerbit rakaman Kanada. Beliau mula terkenal pada tahun 2010 melalui seberapa persembahan gubahan lagu asal YouTube di bawah nama "The Weeknd" dan mixtape House of Balloons, Thursday dan Echoes of Silence pada tahun 2011 yang segera menarik perhatian ramai pendengar dan pengulas untuk gubahan lagu R&Bnya dan penampilan awalnya yang dianggap penuh misteri dan "berjiwa gelap".[5]

The Weeknd
FEQ July 2018 The Weeknd (44778856382) (cropped).jpg
The Weeknd semasa persembahan pada 2018
KelahiranAbel Makkonen Tesfaye
(1990-02-16) 16 Februari 1990 (umur 30)
Toronto, Ontario, Kanada
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • penulis lagu
  • pelakon
  • penerbit rakaman
Tahun aktif2010–kini
Laman webtheweeknd.com
Kerjaya muzik
Genre
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Tandatangan
Logo de The Weeknd.png

Beliau telah menjual sebanyak 70 juta buah salinan rakaman di Amerika Syarikat.[6]

Kehidupan awalSunting

Abel dilahirkan di sebuah kejiranan Scarborough bandar Toronto, Ontario.[7][8] Beliau ialah anak tunggal kepada pasangan Makkonen dan Samra Tesfaye, kedua-dua mereka berhijrah dari Habsyah ke Kanada pada tahun 80-an;[7][9][10][11] beliau sendiri ialah seorang penutur bahasa Amhara fasih.[12] Beliau dibesarkan ibu dan neneknya setelah kedua-dua ibubapanya bercerai ketika Abel masih kecil.[13]

Kerjaya muzikSunting

Pada akhir 2010, Tesfaye memuat turun beberapa lagu ke YouTube di bawah nama samaran "The Weeknd". Beliau merilis tiga mixtape sembilan lagu sepanjang 2011: House of Balloons, Thursday dan Echoes of Silence, yang meraih sambutan meriah.[14] Pada 2012, beliau merilis sebuah album kompilasi Trilogy, tiga puluh lagu yang terdiri dari mixtape yang dimaster ulang dan tiga lagu tambahan. Album tersebut diedar di bawah label Republic Records dan labelnya sendiri XO.

Pada 2013, beliau menerbitkan album studio debutnya Kiss Land, bersama lagu-lagu single "Kiss Land" dan "Live For". Album keduanya, Beauty Behind the Madness, yang menjadi album nombor satu pertamanya di carta Billboard 200 AS, meliputi singel nombor tiga "Earned It" dan memproduksi single-single nombor satu "The Hills" dan "Can't Feel My Face". Lagu-lagu tersebut masuk tiga besar di tangga lagu Hot R&B Songs Billboard, menjadikannya artis pertama dalam sejarah yang mencapainya.[15] Beliau memenangi dua Anugerah Grammy dan sembilan Anugerah Juno atas pengkaryaan ini.[16]

Pada September 2016, album ketiga Starboy diumumkan bersama dengan lagu utamanya "Starboy" hasil kolaborasi bersama grup elektronik dari Perancis, Daft Punk.[17][18] Album tersebut terbit pada November tahun sama[18] di mana ia meraih tempat pertama dalam carta Billboard Hot 100.

DiskografiSunting

Album studio

JelajahSunting

  • King of the Fall Tour (2014)
  • The Madness Fall Tour (2015)
  • Starboy: Legend of the Fall Tour (2017)
  • The Weeknd Asia Tour (2018)
  • The After Hours Tour (2020)

RujukanSunting

  1. ^ Caramanica, Jon (July 27, 2015). "Can The Weeknd Turn Himself into the Biggest Pop Star in the World?". The New York Times Magazine. Diarkib daripada yang asal pada October 13, 2015.
  2. ^ "Sex, Drugs and R&B: Inside The Weeknd's Dark Twisted Fantasy". October 21, 2015. Dicapai pada October 26, 2015.
  3. ^ Mistry, Anupa. "Daily Disc: The Weeknd's 'Echoes Of Silence'". Toronto Standard. MeshSquared Ventures. Dicapai pada December 30, 2012.
  4. ^ Eeels, Josh (October 21, 2015). "Sex, Drugs and R&B: Inside The Weeknd's Dark Twisted Fantasy". Rolling Stone. Wenner Media LLC. Dicapai pada November 11, 2015.
  5. ^ "House of Balloons – The Weeknd". Metacritic. Dicapai pada March 16, 2012.
  6. ^ Kaimal, Vishnu (April 1, 2019). "Bella Hadid does this shocking thing to boyfriend The Weeknd in public". International Business Times. Dicapai pada April 15, 2019.
  7. ^ a b Caramanica, Jon (July 27, 2015). "Can The Weeknd Turn Himself into the Biggest Pop Star in the World?". The New York Times Magazine. Diarkib daripada yang asal pada October 13, 2015.
  8. ^ Kellman, Andy. "The Weeknd Biography". AllMusic. Diarkib daripada yang asal pada October 13, 2015. Dicapai pada October 13, 2015.
  9. ^ "Sex, Drugs and R&B: Inside The Weeknd's Dark Twisted Fantasy". October 21, 2015. Dicapai pada October 26, 2015.
  10. ^ Mistry, Anupa. "Daily Disc: The Weeknd's 'Echoes Of Silence'". Toronto Standard. MeshSquared Ventures. Dicapai pada December 30, 2012.
  11. ^ Eeels, Josh (October 21, 2015). "Sex, Drugs and R&B: Inside The Weeknd's Dark Twisted Fantasy". Rolling Stone. Wenner Media LLC. Dicapai pada November 11, 2015.
  12. ^ "The Weeknd Reveals The Origin Of His Name + More". September 16, 2013.
  13. ^ Ledbetter, Carly (February 11, 2016). "9 things You Need To Know About The Weeknd". Huffpost News. Dicapai pada March 8, 2018.
  14. ^ "House of Balloons – The Weeknd". Metacritic. Dicapai pada 16 March 2012.
  15. ^ "Alone on the podium: The Weeknd becomes first artist to take over Billboard R&B chart" Diarkibkan 1 Mac 2016 di Wayback Machine. CBC Music, 17 July 2015.
  16. ^ "The Weeknd really cleaned up this Juno Awards weekend" (dalam bahasa Inggeris). CBC News. Dicapai pada 2 Mac 2017.
  17. ^ "The Weeknd Is Reportedly Working with Daft Punk". August 23, 2016. Dicapai pada August 23, 2016.
  18. ^ a b Pearce, Sheldon (September 21, 2016). "The Weeknd Announces New Album Starboy". Pitchfork. Dicapai pada September 22, 2016.

Pautan luarSunting