Thomas Buffel (lahir 19 Februari 1981) merupakan pemain bola sepak Belgium yang kini bermain untuk kelab KRC Genk. Beliau bermain di posisi pemain tengah menyerang ataupun sebagai penyerang.

Thomas Buffel
Maklumat peribadi
Nama penuh Thomas Buffel
Tarikh lahir (1981-02-19) 19 Februari 1981 (umur 43)
Tempat lahir Brugge, Belgium
Ketinggian 1.75 m (5 ka 9 in)
Posisi permainan Pemain tengah menyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Genk
Nombor 19
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1999–2005 Feyenoord 80 (34)
2000–2002Excelsior (pinjaman) 63 (27)
2005–2008 Rangers 83 (16)
2008–2009 Cercle Brugge 35 (5)
2009– Genk 197 (27)
Pasukan kebangsaan
1995 Belgium B15 2 (0)
1995–1998 Belgium B16 12 (1)
1995–1998 Belgium B17 22 (14)
1998–1999 Belgium B18 11 (1)
2000 Belgium B19 1 (0)
2002 Belgium B21 2 (0)
2002– Belgium 36 (6)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 12 Februari 2013 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 6 September 2013

Kerjaya kelab sunting

Kerjaya awal sunting

Buffel memulakan kerjayanya di Ruddervoorde dan Cercle Brugge sebelum berpindah ke Belanda.

Buffel bermain untuk Feyenoord pada musim 1999-2000 sebelum berpindah ke Excelsior Rotterdam dari 2000 hingga 2002. Beliau kembali ke Feyenoord pada musim 2002-03.

Rangers sunting

Buffel berpindah ke kelab Scotland, Rangers pada Januari 2005 dengan bayaran 2.3 juta euro dan menandatangani kontrak empat tahun setengah. Beliau membuat untuk Rangers pada perlawanan Piala Scotland menentang Celtic, tewas 2-1. Beliau kemudian berjaya menjulang gelaran liga ke-51 untuk Rangers. Sebelum itu, beliau telah menjuarai Piala Liga Scotland selepas mengalahkan Motherwell pada perlawanan akhir, 5-1.

Buffel tampil dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah serta membantu Rangers melangkah ke pusingan 15 kejohanan tetapi mereka tewas kepada Villarreal pada agregat 3-3 lalu tersingkir mengikut kepada gol lawan. Beliau menjaringkan tujuh gol dalam 38 kemunculan ketika musim 2005-06.

Pada jendela perpindahan 2007, Hannover 96 dilaporkan berminat untuk menggunakan khidmat beliau dan pengurus Rangers mengatakan Buffel dibenarkan untuk berpindah. Walau bagaimanapun, rundingan tersebut gagal apabila Buffel tidak bersetuju terma dan syarat yang dikemukakan oleh Bundesliga.

Pada 9 Februari 2007, Buffel mengalami kecederaan lutut berpanjangan dan tidak bermain sebarang perlawanan untuk Rangers pada musim 2006-07. Beliau kembali semula pada 26 Fisember pada perlawanan kemenangan 3-1 ke atas Motherwell tetapi sejak itu, beliau tidak bermain lagi.

Cercle Brugge sunting

Kerjaya Buffel di Rangers tamat apabila beliau menyertai kelab lamanya, Cercle Brugge pada 1 Julai 2008.

Genk sunting

Pada 31 Ogos 2009, Cercle Brugge dan Genk mencapai persetujuan iaitu Buffel dijual ke Genk manakala Jelle Vossen dipinjam dan Hans Cornelis berpindah ke Brugge. Pada musim 2009-10, beliau dianugerahkan pemain paling berharga. Anugerah ini diberikan kepada pemain yang mempamerkan aksi terbaik pada musim sebelumnya. Ia berdasarkan undian oleh peminat Genk. Pada musim 2010-11, Buffel menjuarai kejuaraan liga keduanya selepas menewaskan Standard Liege pada perlawanan terakhir musim.

Kerjaya antarabangsa sunting

 
Buffel menjalani latihan bersama Belgium pada 2006

Buffel membuat debut untuk pasukan kebangsaan Belgium pada perlawanan menentang Andorra pada Oktober 2002 dan skuad Belgium menang 1-0. Beliau kemudian berjaya mengumpul 35 kaps dan menjaringkan tujuh gol. Pada masa kini, beliau masih di gambar pemain-pemain terkini pasukan kebangsaan Belgium.

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Lokasi Pasuka lawan Skor Keputusan Kejohanan
1 30 April 2003 Brussels, Belgium   Poland 2–0 3–1 Persahabatan
2 11 Oktober 2003 Liège, Belgium   Estonia 2–0 2–0 Kelayakan Euro 2004
3 18 Ogos 2004 Oslo, Norway   Norway 1–0 2–2 Persahabatan
4 2–1
5 26 Mac 2005 Brussels, Belgium   Bosnia dan Herzegovina 4–1 4–1 Kelayakan Piala Dunia 2006
6 7 September 2005 Antwerp, Belgium   San Marino 3–0 8–0 Kelayakan Piala Dunia 2006

Penghargaan sunting

Rangers
Genk

Pautan luar sunting