Thuluth (seni khat)

Thuluth (Bahasa Parsi: ثلثsolos, Bahasa Turki: Sülüs, daripada Bahasa Arab: ثلث‎ "satu pertiga") ialah sejenis skrip seni khat yang direka oleh seorang Ibn Muqlah Shirazi, seorang berbangsa Parsi. Skrip ini muncul buat kali pertamanya dalam kurun ke-11 M (kurun keempat Hijri). Bentuk lurus dan bersudut skrip Kufi digantikan dengan skrip garisan yang melengkung dan condong (oblik).

Teks Shahada al Tawhid, pada bendera Saudi Arabia ditulis dengan skrip Thuluth.

Dalam skrip Thuluth, satu pertiga setiap huruf condong, dari mana datangnya nama skrip. Ia skrip besar dan anggun, digunakan pada hiasan masjid dalam Zaman Pertengahan. Beberapa gaya khat lain berkembang daripada Thuluth melalui perubahan kecil bentuk.

SejarahSunting

 
Nama Nabi Muhammad (SAW) beriringan dengan Selawat dan Salam dalam gaya Thuluth.

Sumbangan terulung kepada pengembangan skrip Thuluth berlaku pada zaman Empayar Uthmaniyyah dan tiga gelombang berturut-turut, yang disebut ahli sejarah seni Uthmaniyah sebagai "Revolusi Khat":

PenggunanSunting

 
Sampel seni khat bentuk simetri menggunakan skrip Thuluth

Thuluth digunakan untuk menulis tajuk surah-surah al-Qur'an. Bebrapa salinan tertua al-Qur'an ditulis dalam gaya Thuluth. Salinan-salinan terkemudian ditulis dengan penggabungan Thuluth dengan sama ada skrip Naskh atau Muhaqqaq, sementara selepas abad ke-15, skrip Naskh digunakan secara ekslusif.

GayaSunting

Satu ciri penting skrip Thuluth script ialah penggunaan Harakat ("Hareke" dalam bahasa Turki untuk mewakili bunyi vokal (nahu), dan tanda-tanda lain direka untuk mencantikkan skrip. Harkat nahu mengikut hukum biasa skrip Arab, tetapi tanda 'seni' mengikut peraturan tersendiri dari segi tempat dan kumpulan. Satu kaedah kumpulan ialah dengan mengasingkan tanda yang terletak di bawah huruf daripada tanda di atas huruf. Peraturan gaya membolehkan daya cipta lebih dari segi bentuk dan arah.

Skrip yang dikembangkan daripada ThuluthSunting

Semenjak rekaannya, Thuluth telah menghasilkan beberapa jenis skrip khat, dan telah membenarkan banyak perubahan sepanjang tempoh pengembangannya. Thuluth Jeli dibangunkan untuk diguna pada panel-panel besar, seperti batu nisan dan sebagainya. Skrip khat Muhaqqaq dikembangkan dengan melebarkan bahagian-bahagian mendatar Thuluth. Skrip Naskh juga dikembangkan daripada Thuluth, dengan menyerapakan beberapa perubahann seperti memperkecilkan saiz dan kehalusan penulisan. Tevki ialah versi Thuluth yang diubah suai dan kecil.

Berkemungkinan besar skrip Ruq'ah dikembangkan daripada gaya Thuluth, dan Naskh, yang sendirinya dikembangkan daripada Thuluth.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

Pautan luarSunting