Buka menu utama

Sungai Dajlah

(Dilencongkan dari Tigris)

Sungai Dajlah atau Tigris ialah salah satu daripada sungai besar yang mentakrifkan Mesopotamia (Mesopotamia bermaksud tanah di antara sungai-sungai), bersama dengan Sungai Furat. Sungai Tigris mengalir dari pergunungan Taurus di Turki. Dari situ, ia mengalir ke banyak negara terutamanya Turki, Syria dan Iraq. Sungai ini berukuran 1,900 kilometer panjang dan bertemu Sungai Furat untuk membentuk Sungai Shatt-al-Arab yang mengalir keluar ke Teluk Parsi.

Sungai Dajlah
Negara-negara lembanganTurki, Iraq, Syria dan Iran
Ciri-ciri fizikal
MuaraShatt al-Arab
Panjang1,900 km (1,150 bt)

Mitos sungai suciSunting

Sungai Tigris disebut dua kali dalam kitab Injil. Dalam Injil Genesis, Sungai Tigris adalah sungai ketiga dari empat sungai yang mengalir dari Syurga. Dalam mitos Sumeria, sungai Tigris dicipta tuhan Enki.