Tokoh ulama tatanegara

Senarai tokoh ulama tatanegara sunting

Senarai Tokoh ulama tatanegara dan tulisan beliau.

Nama Tahun Asal Tulisan dalam bidang tatanegara Nota
Ibnu al-Muqaffa 757 - 760 Basrah Kalila wa Dimna Abd Allah ibn al-Muqaffa′ merupakan seorang pencatat atau setiausaha kerajaan yang telah berkhidmat pada dua zaman pemerintahan Umayyah (Shapur dan Kirman). Beliau menterjemah karya-karya sastra Persia dan India ke bahasa Arab.

Kalila wa Dimna merupakan Kisah dongeng haiwan dalam menceritakan kisah pengajaran (struktur seperti Aesop Fable atau Hikayat Bayan Budiman)

Al Jahiz 776 - 868 Basrah Al Bukhala (Buku Para Bakhil) Al Jahiz terkenal sebagai ilmuan bahasa terutama dalam balaghah, dan juga penulis ensiklopedia haiwan pertama, "Kitab al-Hayawan".

Buku Al Bukhala "Para Bakhil" pula terdiri daripada himpunan cerita yang menyindir gaya hidup orang berharta yang tamak dan bakhil.

Ibnu Qutaibah 828 - 889 Baghdad Uyun Al Akhbar Ibnu Qutaibah adalah seorang ahli sejarah politik dan juga adalah seorang cendekiawan Islam, pakar bahasa Arab.

Uyun Al Akhbar merupakan antara ensiklopedia dunia pertama yang mencakupi topik dengan kata-kata mutiara tradisional, sejarah, dan puisi Arab lama. Susunan dan kandungan Kitāb ʿuyūn al-akhbār (“Naratif naratif terpilih”) menetapkan penanda aras bagi banyak ensiklopedia kemudian.10 kitab itu disusun mengikut susunan berikut: kuasa, peperangan, kemuliaan, budi pekerti, pembelajaran dan kefasihan, zuhud, persahabatan, doa, makanan, wanita.

Ibnu Abdul Rabbih 860–940 Andalus Al-ʿIqd al-farīd (Kalung Istimewa) Ibnu Abdul Rabbih ada sasterawan dan ahli bahasa arab di Andalusia.
Al Farabi 870 - 950 Khurosan Al-Madina al-Fadila, (Negara Sempurna) Al-Farabi merupakan seorang ahli falsafah islam yang amat terkenal pada zamannya. Di dalam buku tersebut, Al-Farabi membayangkan sebuah negara kota yang sempurna serta masyarakat yang sempurna dan negara dunia yang sempurna.
Al-Tha'alibi 961–1038 Nishapur Adab Para Pemerintah (Ādāb al-mulūk)
Imam Mawardi 972 - 1058 Baghdad Ahkam Sultaniyah al-Ahkam al-Sultaniyyah wa al-Wilayah al-Diniyyah, al-Mawardi membincangkan institusi Imamah, Wizarah dan Syura dan perkara penting seperti Kharaj, Ghanimah, Fay’, Hudud, Qada’, Mazalim dan Hisbah.
Abu Ya‘la al-Hanbali 990-1065 Iraq Ahkam Sultaniyah Ahkam Sultanniyah ini merupakan buku yang mempunyai judul yang sama ditulis oleh Imam Mawardi. Abu Yala menulis berdasarkan mazhab Hambali.
Yusuf Khass Hajib 1018 - 1069 Kara-Khanid Khanate Kutadgu Bilig Kutadgu Bilig ditulis pada 1069-1070 dan dipersembahkan kepada Tavghach Bughra Khan, putera raja Kashgar.
Nizam al-Mulk 1018 – 1092 Tous Siyāsatnāmeh
Keikavus 1050 - 1087 Qabusnama
Imam Al Ghazali 1058 Tous Nasihat Buat Pemerintah (Nasihat al-Muluk) Risalah ini dikarang untuk ditujukan khusus kepada Sultan Muhammad bin Malik Shah, seorang pemerintah empayar Seljuq pada waktu itu.
Ali ibn Mubarak ibn Mawhub Al-Tibr  al-Masbuk fi Nasihat al-Muluk Terjemahan Nasihat Al Muluk Imam Ghazali dari bahasa Parsi kepada Bahasa Arab.
Abu Bakr Muhammad at-Turtushi 1059 – 1126 Andalusia Siraj al-Muluk fi Suluk al-Muluk
Ibnu Bajjah 1085-1138 Andalusia Tadbir Al-Mutawahhid
Ibnu Zafar 1104 - 1170 Sicily Sulwan (Waters of Comfort)
Nizami Al Arudi 11 century Samarqand Chahar Maqala Chahar Maqala diterjemahkan ke bahasa Ingeris oleh Browne, Edward
Kerajaan Acheh 1204 - 1815 Aceh Majlis Acheh (Ma Bayyana al Salatin) Perintah Segala Raja-Raja (Majlis Aceh) adalah transliterasi daripada manuskrip Majlis Aceh yang asal bertajuk Ma Bayyana al-Salatin yang bermaksud Perintah Segala Raja-Raja. Manuskrip ini telah disalin secara sempurna oleh Isma’il bapa Ahmad sekitar tahun 1231 H/1815 M. Manuskrip Perintah Segala Raja-Raja merupakan satu catatan penting yang membincangkan etika raja dan pengawai, salasiah raja-raja dan senarai pegawai kerajaan dalam pemerintahan kerajaan Aceh Darussalam. Selain itu, manuskrip ini turut merangkumi adat istiadat dan undang-undang perdagangan yang dilaksanakan oleh kerajaan Aceh. Segala adat istiadat diraja dan peraturan pemerintahan yang dijalankan memperlihat wujudnya percampuran adat dan Islam. Kemungkinan besar manuskrip ini ditulis dari tahun 601 H (1204 M) secara beransur-ansur hingga ke tahun 1231H (1815 M)
Saadi Shirazi 1210 - 1291 Shiraz, Iran Gulistān Karya Sa‘dī yang agung ialah Bustān (bermaqsud Taman) dalam bentuk sha‘ir dan Gulistān (bermaqsud Taman Mawar), dalam bentuk persuratan-wacana yang diselang-seli dengan sha‘ir. Beliau terkenall dengan ungkapan yang berhikmah. Salah satunya ialah bayt Banī Ādām berikut yang menyentuh ihsan dan kemanusian.
Ibnu Taimiyyah 1263 – 1328 Harran, Turki. As Siyasah As Syariah
Sharaf al-Din Fazlullah Qazvini 1339 (meninggal) Al-mu'jam fi athar muluk al-'ajam (Sejarah Raja-Raja Parsi)
Ibnu Khaldun 1332 - 1395 Tunisia Mukaddimah Ibn Khaldun menulis berkaitan teori ekonomi dan politik dalam Mukaddimah, dan mengaitkan buah pemikirannya tentang asabiyyah dengan pembahagian kerja: bertambahnya kejelekatan sosial, bertambah kompleks pembahagian, bertambahlah pengembangan ekonomi.
Muḥammad ibn Asʻad Dawwānī 1426 - 1502 Timurid Akhlak-I-Jalali (A Code of Morality in Persian)
Imam Jalal al-Din al-Suyuti 1445–1505 Mesir Ma Rawahu al-Asatin fi 'Adami al-Maji'i ila al-Salatin Buku ini diterjemahkan dalam bahasa Inggeris bertajuk "All the Sultan's Men".
Muhammad Baqir Najm-i Sani antara tahun 1605 Mughal Mau’izah-i Jahangiri
Bukhari al-Jauhari abad ke 17 Aceh Taj al-Salatin (Mahkota Raja-Raja) Karya tersebut  yang terdiri daripada dua puluh empat bahagian (fasal) itu  dikarang di Aceh dan dipercayai ditujukan khusus kepada Sultan Alauddin  Riayat Syah, sultan Aceh
Syeikh Jalalluddin At-Tarusani 1750-? Safinatul Hukkam Tulisan untuk ditujukan kepada  raja Aceh yang bernama Sultan Alaiddin Johan Syah (1735 - 1760). secara harfiah “Bahtera hukum dalam penyelesaian orang yang berselisih”
Imam Al-Shawkani 1759 - 1834 Yaman Raf' al-Asatin fi Hukm al-Ittisal bi-al-Salatin
Syeikh Duyong 1802 -1889 Terengganu Kitab Nasihat Raja-raja Dipercayai tulisan Syeikh Duyong untuk Sultan Zainal Abidin III, pemerintah Terengganu antara 1881-1918
Raja Ali Haji 1808 - 1873 Riau Kitab Kumpulan Ringkas Berbetulan Lekas
Thamarat al-Muhimmah
Muqaddimah fi Intizam Waza’if al-Malik
Shakib Arsalan 1869 - 1946 Syria Mengapa Kaum Muslimin Mundur
Malik Bennabi 1905-1973 Aljazair Islam Dalam Sejarah Dan Masyarakat
Tuan Guru Ḥaji Aḥmad Hashimi 1904-1993 Tanah Melayu Panduan Bangsa Terkandung di dalamnya 45 bab iaitu 45 panduan dalam kehidupan berkenaan akhlaq, adab, pergaulan, budi perangai dan sebagainya yang menjadi ciri penting sebuah bangsa dan tanah air yang merdeka dan berdaulat. Semoga panduan ini menjadi suluhan dalam mengubati penyakit-penyakit bangsa dan jalan-jalan membaikinya.