Tok Syeikh Duyong

ulama Terengganu

Tok Syeikh Duyong atau Syeikh Wan Abdullah bin Wan Muhammad Amin, ibunya Wan Aminah, dilahirkan di Kampung Cabang Tiga, Patani, sekarang ini sebahagian daripada selatan Negeri Thai, pada 1802 (1216 Hijri), berhijrah ke Terengganu (sekarang ini sebahagian Malaysia) dan meninggal dunia di Pulau Duyong pada pukul 4 petang hari Khamis, 24hb Februari 1889 (12 Jamadilakhir, 1306 Hijri). Beliau seorang ulama yang masyhur dan disegani, oleh kedua-dua istana dan rakyat negeri Terengganu.

Beliau mempelajari agama daripada Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas, Syeikh Daud al-Fatani, dan di Mekah, sementara pelajar-pelajarnya termasuk Sultan Omar dan Sultan Zainal Abidin III Terengganu. Beliau menterjemah Minhaj atTalibin oleh Imam anNawawi dan alUmm oleh Imam ashShafei, dari bahasa Arab ke bahasa Melayu.

Rujukan sunting

  • Utusan Malaysia, 6hb Mac 2006, ms 18