Baj (bahasa Inggeris: barge) atau tongkang atau Ponton ialah sebuah bot besar yang bahagian bawahnya datar yang digunakan untuk membawa barang atau muatan yang berat di sungai, terusan dan laut[1]. Ada baj yang tidak mempunyai pendorongan sendiri dan perlu ditunda dengan bot tunda. Pada zaman dahulu, binatang penunda juga digunakan untuk menunda baj-baj di terusan sebelum digantikan oleh mesin penunda berlandasan pada awal Revolusi Perindustrian.

Sebuah baj barangan pukal sedang ditunda oleh sebuah bot tunda di Sungai Thames, London.

Hari ini, baj digunakan untuk mengangkut barangan pukal yang bernilai rendah, kerana kos pengangkutan menggunakan baj adalah sangat rendah. Baj juga digunakan untuk barangan berat dan kontena. Baj tipikal adalah berukuran 195 × 35 kaki (59.4 m × 10.6 m), dan mampu membawa muatan sehingga 1,500 tan. Objek yang sangat besar biasanya diangkut dalam beberapa bahagian sebelum disambung semula di destinasi, contohnya kren dermaga dan pelantar minyak.

Baj juga penting dalam operasi kontena di tengah laut. Pelabuhan Hong Kong merupakan satu-satunya pelabuhan di dunia yang menjalankan operasi pemunggahan dan pemuatan kontena dari kapal kontena ke baj atau sebaliknya, di tengah laut. Kaedah ini berjaya mengelakkan kos pengendalian yang tinggi di terminal kontena.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting