Trakea invertebrat

Trakea invertebrat merupakan sistem pernafasan terbuka yang terdiri daripada spirakel, trakea, dan trakeol yang mana artropod daratan mengangkut gas metabolik di antara tisu.

Pengagihan spirakel amat berbeza-beza antara kebanyakan order serangga, tetapi pada amnya setiap segmen tubuh mestilah tidak mempunyai lebih daripada sepasang spirakel, setiap satunya bercantum dengan atrium dan mempunyai tiub trakea yang agak besar di belakangnya. Trakea-trakea ini merupakan invaginasi rangka luar kulit ari yang bercabang (anastomosa) ke merata tubuh dengan ukuran diameter dari beberapa mikrometer hingga 0.8 mm. Tiub yang terkecil, iaitu trakeol, menembusi sel dan bertindak sebagai tempat peresapan air, oksigen, dan karbon dioksida. Gas boleh dialirkan melalui sistem pernafasan secara pengudaraan aktif atau peresapan pasif. Berbeza dengan vertebrata, serangga pada amnya tidak membawa oksigen di dalam hemolimfanya. Ini merupakan salah satu faktor yang membataskan saiznya.

Tiub trakea mungkin mengandungi gelang lilitan taenidia seakan rabung dalam pelbagai bentuk geometri seperti gelung atau heliks. Dalam kepala, toraks, atau abdomen, trakea juga boleh bercantum dengan pundi udara. Kebanyakan serangga, contohnya belalang dan lebah yang giat mengepam pundi udara dalam abdomennya, mampu mengawal aliran udara melalui badannya. Bagi sesetengah serangga air, trakea mengukar gas melalui kulit tubuh secara terus, dalam bentuk insang. Walaupun terletak di dalam, namun trakea artropod tetap digugurkan ketika bersalin (ekdisis).

Rujukan sunting

  • Wasserthal, Lutz T. (1998). Chapter 25: The Open Hemolymph System of Holometabola and Its Relation to the Tracheal Space. In "Microscopic Anatomy of Invertebrates". Wiley-Liss, Inc. ISBN 0-471-15955-7.
  • Westneat, Mark W.; Betz, Oliver; Blob, Richard W.; Fezzaa, Kamel; Cooper, James W.; Lee, Wah-Keat (2003). "Tracheal Respiration in Insects Visualized with Synchrotron X-ray Imaging". Science. 299 (5606): 558–560. doi:10.1126/science.1078008. PMID 12543973. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)