Tughra (Bahasa Turki Uthmaniyah: طغراء; Ṭuğrā) adalah sejenis monogram, mohor atau tandatangan khat seorang Sultan Uthmaniyyah yang dibubuh pada kesemua dokumen dan surat-menyurat rasmi istana atau kerajaan. Ia juga diukir pada cop mohor sultan dan dicop pada wang syiling yang dikeluarkan semasa pemerintahan. Lambang ini menggabungkan nama dan gelaran sultan terbabit.

Tughra bagi Sultan Mahmud II dari Empayar Uthmaniyyah. Ia ditulis seperti berikut:
محمود - Mahmūd
خان - Khān
بن - bin
عبدالحميد - Abdulhamīd / Abdülhamid
مظفر - muẓaffar (gemilang)
دائماً - dāimā(n) (selamanya).
Fail:Tughra Mehmet V.gif
Tughra bagi Sultan Mehmet (M uhammad) V (Rasyad) ditulis oleh Khattat Sami Effendi. Ia ditulis seperti berikut: محمد - Muhammad / Mehmed خان - Khān بن -bin عبدالمجيد - 'Abdulmajīd / Abdülmecid المظفر - al-muẓaffar (gemilang) دائما - dāimā(n) (sentiasa)

Tughra telah direka semasa permulaan pemerintahan kesultanan Uthmaniyyah dan dilukis oleh ahli kaligrafi (khattat) istana atau nişancı pada dokumen bertulis. Tughra pertama dimiliki oleh Orhan I (1284-1359), pemerintah kedua dari Empayar Uthmaniyyah dan berevolusi sehingga mencapai bentuk klasik tughra Sultan Sulaiman al-Qanuni (1494-1566)[1] dan berterusan hingga akhir empayar tersebut.

Tughra digunakan bagi tujuan yang sama seperti kartusy semasa zaman Mesir purba atau Cypher Diraja dari raja Britain. Setiap sultan Uthmaniyah memiliki tughra mereka sendiri.

Ciri-ciri tughra sunting

Tughra mempunyai bentuk khas, dua gelung di sebelah kiri, tiga garis menegak di tengah, tulisan bertumpuk di bahagian bawah dan dua lanjutan di sebelah kanan. Setiap elemen ini mempunyai makna yang spesifik, dan bersama-sama mereka membentuk bentuk khat yang dikenali sebagai tughra.

Nama sultan ditulis di bahagian bawah, disebut "sere"(Bahasa Arab: سَراة). Bahagian paling penting dalam tughra ini "sarat" dengan nama sultan dan pujian atau gelaran atau doa buat sultan.

Gelung di sebelah kiri tughra disebut "baidha'"(bahasa turki: beyze, bahasa Arab: بَيْضاء) yang bermaksud telur. Beberapa penafsiran reka bentuk tughra mengandaikan bahawa bentuk tersebut melambangkan dua buah laut yang berada di bawah taklukan sultan: gelung luar yang lebih besar yang melambangkan Laut Tengah dan bahagian dalam yang lebih kecil pula melambangkan Laut Hitam.

Garis menegak di bahagian atas tughra disebut "tugh" (bahasa turki: tuğ, bahasa Arab: طوغ), atau "tiang bendera". Ketiga-tiga garis menandakan kemerdekaan. Garis berbentuk S yang melintasi tuğ disebut "zulfah" (bahasa turki: zülfe, bahasa arab: زُلْفَة) dan mereka, bersama dengan puncak tuğ yang juga menghala ke kanan, menandakan bahawa angin bertiup dari timur ke barat.

Garis di sebelah kanan tughra disebut "khanjar" (bahasa turki: hançer, bahasa arab: خَنْجَر), sejenis pisau belati arab, lambang kekuatan dan kekuatan sultan dan kerajaannya.

 
Gambaran ciri-ciri tughra

Rujukan sunting

  1. ^ "Tughra of Suleiman the Magnificent". The British Museum. 2010-05-14. 1949,0409,0.86. Dicapai pada 2010-06-05.

Pautan luar sunting

  Kategori berkenaan Tughra di Wikimedia Commons

Templat:Islamic calligraphy

Templat:Personal names