Tunjuk perasaan Hong Kong 2019–2020

Bantahan menentang rang undang-undang serah balik Hong Kong 2019–2020 merupakan bantahan yang berturut-turut di Hong Kong dan bandar-bandar lain di seluruh dunia, menuntut penarikan Rang Undang-undang Pesalah Buronan dan Bantuan Guaman Bersama dalam Perundangan Hal Jenayah (Pindaan) 2019 yang diusulkan oleh Kerajaan Hong Kong. Puak pembantah bimbang akan rang undang-undang ini akan menyebabkan bandar raya ini membuka peluang kepada pengaruh undang-undang tanah besar China dan rakyat dari Hong Kong kemudiannya akan tertakluk dengan sistem undang-undang yang berbeza.

Tunjuk perasaan Hong Kong 2019–2020
Demonstration in Wan Chai Hennessy Road overview 20190609.jpg
Beratus-ratus ribu orang penunjuk perasaan berarak dalam bantahan 9 Jun, ditangkap di Hennessy Road
Tarikh15 Mac 2019 – Sekarang
(1 tahun, 8 bulan dan 2 minggu)
Lokasi
Hong Kong: Beberapa dozen bandar lain di luar negara
PuncaUsul Rang Undang-undang Pesalah Buronan dan Bantuan Guaman Bersama dalam Perundangan Hal Jenayah (Pindaan) 2019 oleh Kerajaan Hong Kong
Matlamat
KaedahPendudukan, mogok duduk, keingkaran awam, bantahan jalanan bergerak, aktivisme internet, mogok besar-besaran
StatusSedang berlaku
Pihak terlibat
Tokoh dan pemimpin utama
Unit yang terlibat
Bilangan
Korban
Tertahan dan tercedera
Tercedera72[1] (sehingga 12 Jun 2019)
Ditangkap19[2] (sehingga 9 Jun 2019)

Pelbagai bantahan telah dilancarkan di Hong Kong oleh orang awam dan pengamal undang-undang. Antaranya, bantahan 9 Jun yang telah diatur oleh Barisan Hak Asasi Manusia Awam (CHRF) telah menganggarkan 1.03 juta orang menghadirinya dan telah mendapat liputan media massa besar.[3] Bantahan di tempat-tempat lain juga dilancarkan oleh orang Hong Kong di luar negara dan orang tempatan.

Walaupun terdapat bantahan yang meluas, kerajaan berkeras terhadap pelulusan rang undang-undang tersebut, menyatakan bahawa rang undang-undang tersebut penting dan menjadi "jalan keluar" untuk undang-undang yang patut dibaiki.[4] Bacaan kedua asalnya dijadualkan pada 12 Jun namun tidak dapat diadakan berikutan bantahan,[5] dan mesyuarat yang dijadual pada hari berikutnya, 13 Jun juga telah ditunda.[6]

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ "Hong Kong extradition: Police fire rubber bullets at protesters". BBC. Dicapai pada 12 June 2019.
  2. ^ "Hong Kong police say nearly 360 protesters, most younger than 25, could face arrest for clashes after extradition protest march". South China Morning Post. Dicapai pada 11 June 2019.
  3. ^ Kleefeld, Eric (9 June 2019). "Hundreds of thousands attend protest in Hong Kong over extradition bill". Vox. Dicapai pada 10 June 2019.
  4. ^ "New extradition laws still urgent, says Carrie Lam". RTHK. Dicapai pada 10 June 2019.
  5. ^ "Council meeting not to be held today". HKSAR Government Press Releases. 2019-06-12. Dicapai pada 2019-06-12.
  6. ^ "Council meeting not to be held today". HKSAR Government Press Releases. 2019-06-13. Dicapai pada 2019-06-13.

Pautan luarSunting